Petua Nak Simpan Lama Taugeh Supaya Kekal Rangup Dan Tidak Lembik

Taugeh merupakan cambahan daripada kacang hijau atau soya. Sayuran ini biasanya sinonim dicampur ketika memasak mi goreng, koetiaw goreng, bihun goreng dan ada yang diletakkan di dalam sup. Ada juga yang dijadikan sayuran yang dimakan bersama nasi samada digoreng, masak lemak atau masak kicap.

Min suka buat macam ni. Taugeh celur bersama kicap dan minyak bijan.

Taugeh cepat rosak jika tidak dijaga dengan baik. Ianya akan menjadi cepat hitam dan layu walau diletakkan di dalam peti sejuk. Bila dah layu dan hitam, nak makan pun dah tak sedap. Apakah petua taugeh sentiasa segar dan rangup?

Petua Taugeh Sentiasa Segar dan Rangup

Taugeh segar membuatkan makanan anda juga sedap

Menerusi satu perkongsian oleh Norhaniza Kamaruddin di dalam satu group facebook, beliau memberi petua bagaimana untuk membuatkan taugeh kekal segar dan rangup.

Petuanya muda sahaja iaitu hanya meletakkan di dalam bekas yang berair berserta dengan sekeping asam keping (asam gelugur). Kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Katanya dia tidak percaya sebelum mencubanya dan terbukti menjadi.

Selamat mencuba. Semoga taugeh anda kekal segar.

Artikel Berkaitan   Cara Mudah Hilangkan Karang Gigi Dengan Menggunakan Garam Dan Baking Soda. Karang Gigi Terus Hilang!