Sekiranya Anda Jadi Mangsa Buli Di Media Social, Peguam Ini Kongsi Cara Yang Patut Anda Buat

Masa kini, banyak kes-kes yang melibatkan media sosial yang membuatkan mangsa menjadi malu dan tertekan. Lebih malang lagi, buli siber ini turut membuatkan mangsa menjadi semakin tertekan, sehingga menyebabkan jatuh sakit dan depresi.


Menerusi laman Facebook Nor Zabetha, yang juga merupakan seorang peguam, beliau berkongsi langkah dan cara yang perlu diambil sekiranya anda difitnah di media sosial.

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita adalah mangsa fitnah viral?

Bila bergaduh atau ada rasa tidak puas hati dengan kita, tiba-tiba pihak sana muat naik satu status tentang kita. Habis diburukkan pasal kita di media sosial. Ada pula rakan-rakannya yang tukang ‘back up’ sampai sama-sama menyumpah seranah kita di ruang komen. Habis rosak reputasi dan nama baik kita!

Tuntutan saman malu ini kadangkala bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit. Jadi, anda boleh teruskan dengan tindakan saman malu di mahkamah.

Apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai mangsa fitnah di media sosial/internet?

  1. Bertindak segera. 
    Simpan segala bukti yang ada sebelum dipadamkan. Kadangkala ada status dipadamkan dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku dinasihatkan oleh pihak lain untuk memadamkan.

Sebab: Kalau dipadamkan, anda sudah tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan anda dan berkemungkinan melemahkan kes.

  1. Screenshot bukti-bukti penting.

Screenshot penyataan fitnah sebagai bukti bahawa terdapat kenyataan yang memburukkan anda.

Screenshot senarai jumlah ‘like’, jumlah ‘share’ dan segala komen-komen pembaca yang berbentuk marah, kebencian, perli atau apa sahaja yang berbaur negatif.

Screenshot profil pelaku yang menunjukkan senarai rakan, senarai follower.

Sebab: Berapa jumlah like atau share bagi status yang muat naik adalah bukti berapa banyak orang telah membaca dan kongsi status itu. Sekaligus menunjukkan setakat mana cerita buruk tentang anda telah disebarkan.

Profil pelaku menunjukkan siapa identiti pelaku untuk kita ambil tindakan. Berapa jumlah kawannya dalam sosial media menunjukkan berkemungkinan berapa jumlah pembaca.

Status kebencian menunjukkan bahawa tulisan si pelaku telah berjaya menimbulkan kebencian serta rasa marah oleh orang awam.

Ini semua boleh menjadi pemfaktoran untuk menaikkan jumlan tuntutan ganti rugi saman malu.

  1. Buat laporan polis.
    Selepas lengkap simpan bukti-bukti ini, lebih elok jika dapat ‘save’ dalam komputer kerana sekiranya telefon anda hilang, sekurang-kurangnya anda ada ‘back up’. Buat laporan polis sebagai cover report.
  2. Jumpa peguam untuk konsultansi guaman.Dapatkan pendapat peguam sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah.
  3. Peguam akan memulakan tindakan,kebiasaannya melalui surat tuntutan. Kebiasaannya bagi permohonan maaf.

Sekiranya atas faktor kos anda tidak dapat meneruskan langkah 4 dan 5 di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah simpan semua bukti dan hubungi pelaku. Minta dia padamkan status tersebut jika gagal anda teruskan dengan tindakan undang-undang. Sebaiknya status fitnah itu dipadam segera supaya reputasi dan nama baik anda tidak terus tercemar sepanjang status itu berada di media sosial. Sekian. Semoga memberi manfaat.

Dikongsikan oleh Nor Zabetha.