Petua Orang Lama Nak Hilangkan Kepahitan Yang Ada Pada Timun. Semoga Bermanfaat!

Adakalanya waktu makan timun, contohnya yang diletak dalam nasi lemak ke atau timun yang dibuat ulam, kekadang timun tu rasa pahit.

Orang dulu-dulu ada cara untuk mengurangkan rasa pahit pada timun. So, kalau ada ahli keluarga yang kat dalam rumah tu selalu dok komplen timun tu rasa pahit, eloklah korang hidang timun tu dengan sepiring gula, atau boleh cuba petua nie…

Petua Mengurangkan Kepahitan Timun

Memula sekali biasalah kan, cuci bersih-bersih timun yang dipetik atau dibeli tu. Setelah dibersihkan, potong bahagian hujung timun tu di kedua-dua belah bahagian atas dan bawah.

Gunakan bahagian yang telah dipotong (sebelah atas) tadi dan gosok pada tempat yang dipotong pada bahagian timun sebelah atas. Gosok beberapa ketika sehingga kelihatan keluar buih-buih putih.

Lakukan cara yang sama iaitu gosok juga pada bahagian hujung sebelah bawah. Gosok sehingga keluar buih putih.

Lepas tu, barulah dihiris atau dipotong timun tu seperti biasa.

(Visited 92 times, 1 visits today)