
Keharmonian negara kita Malaysia terbukti apabila mempunyai berbilang kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sejak dari kecil di sekolah kita ditekankan untuk bersatu padu serta saling menghormati agama masing-masing.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di laman sosial berkaitan dengan perkara yang amat sensitif mengaitkan agama Islam seterusnya ditegur oleh PU Syed yang menyatakan rasa terkilan beliau di laman Instagram miliknya apabila ada pengguna laman Tik Tok seolah langsung tidak sensitif dengan agama masyarakat lain di Malaysia.
Sekali tengok rasa nak marah tapi bila difikirkan-fikirkan. – PU Syed
Tiga video Tik Tok yang menunjuk seorang sami yang beragama Buddha ini yang melaungkan azan, talbiah dan membaca bacaan surah telah mendapat perhatian netizen serta boleh dikatakan telah menyinggung perasaan ramai pihak terutamanya mereka yang beragama Islam.
Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam yang menekankan kebaikan serta kedamaian, pastinya PU Syed tidak akan melatah membabi buta sebaliknya memberikan teguran yang baik selain turut berharap supaya individu berkenaan akan mendapat hidayah Allah.
Semoga hidayah Allah dikurniakan kepada sami ini.
Dia boleh Smule dengan mengikut azan, talbiah dan bacaan Al-Quran. Sekali tengok, memang nampak macam nak marah, tapi bila fikir-fikirkan. Semoga dengan tidak sedar dia mengucap dua kalimah syahadah.
Rata-rata netizen yang menonton rakaman video yang telah dimuatnaikkan PU Syed ini kelihatan amat bersetuju dan husnuzon dengan tindakan sami terbabit. Walau bagaimanapun, memang tidak dinafikan ramai netizen turut mengecam dan memarahi perbuatan sami berkenaan.
Semoga lelaki ini diberikan hidayah Allah – Netizen
Pasti ramai yang akan menjadi marah apabila tindakan sebegini dilakukan oleh bangsa lain seolah mempersendakan agama Islam. Namun begitu, kita harus berlapang dada dan seperti yang dikatakan PU Syed, kita berdoa sajalah untuk kebaikan sami ini.
Diharap anda yang membaca dan mengikuti perkongsian ini mampu bersabar dan tidak mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. Janganlah kerana perkara sebegini menjadikan kita semua berpecah belah.