Rahsia Buang Lemak Degil Dari Seorang Wanita Berbangsa Cina, Amalkan Setiap Pagi.

WANITA dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Ada je produk atau petua yang mereka amalkan untuk memastikan diri sentiasa kelihatan cantik. Tapi, untuk kekal cantik, tidak perlulah hingga sanggup makan pil-pil yang diragui dari segi kesannya terhadap kesihatan tubuh badan. Cukuplah sekadar amalkan petua tradisional yang menggunakan bahan alami sahaja.


Bagi anda yang masih tercari-cari petua yang sesuai, bolehlah cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Tengku Wdec ini. Menurutnya, resepi ni datang dari seorang wanita berbangsa cina. Tubuh badannya memang cantik. Luar dan dalam cantik. Tidak perlu beli jamu, detox atau herba yang anda sendiri tidak tahu diperbuat daripada apa.

Jom cuba resepi tradisional di bawah ini untuk cantik dalam dan luar.

Cara-Cara:

  1. Potong halus 3 bahan di bawah:
  • 3 biji lemon (jangan buang kulit) potong
  • 3 labu bawang putih (buang kulit) potong
  • 2-3 inci halia (buang kulit) potong
  1. Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air.
  2. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker).
  3. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati).
  4. Tapis atau tidak, terpulang.
  5. Lepas tu dah boleh minum.

Nota:

  1. Lemon, beli yang tempatan. Jangan beli yang diimport (dah disembur bahan kimia) sebab rasa agak pahit. Nak kurang pahit campur dengan madu.
  2. Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.
  3. Mommy breast feed boleh minum. Yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. Memang betul-betul banyak khasiat.
  4. Jika guna dapur gas. Gunalah api yang paling perlahan, jika api kuat ia akan kering. Ada yang tak tau slow cooker tu apa. Macam periuk nasi dalamnye tembikar. Boleh masak 8 jam. Tak risau hangus ke kering. Masak dari malam, pagi tu boleh off. Kalau atas dapur gas kena selalu pantau.
  5. Ambil sebelum breakfast untuk kurus, perut kempis dan pelbagai lagi khasiat.

Cara Minum:

  1. Setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu. Ambil pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan malam sebelum tidur.
  2. Selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari.

Kelebihan:

  1. Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam-macam lagi khasiat.

Khasiat Lemon Jika Diamalkan Setiap Pagi:

  1. Minum air lemon sebelum makan/minum apa-apa pada waktu pagi dapat fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah daripada masalah seperti perut kembung, angin dan heartburn.
  2. Lemon ni bersifat antiseptik dan memang terer dalam “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga.
  3. Lemon merupakan sumber vitamin C yang utama. Kalo kita minum pagi-pagi lagi, kita dah tidak perlu risau untuk memenuhi kuota vitamin C kita. Lemon juga kaya dengan mineral seperti potassium, kalsium dan magnesium.
  4. Ramai yang ingat lemon ni ada acidic effect dalam badan kita. Tapi sebenarnya keadaan ini ditentukan oleh cara kita amalkannya. Kalau kita amalkannya sebelum makan apa-apa, lemon sebenarnya dapat mengalkalikan badan kita, iaitu pH dalam badan kita dapat diseimbangkan.
  5. Of course, kalau sebut tentang vitamin C, mestilah efeknya pada kulit kita pun bagus. Kulit kita akan jadi lebih cantik, bukan saja sebab vitamic C yang ada, tapi kebaikan lemon yang ada efek antibiotik, antioxidant dan cleansing secara keseluruhan.

Selamat mencuba.

Sumber: Puan Tengku Wdec