Ramai Tersalah! Ini Maksud Sebenar Terma ‘Expiry Date’, ‘Use Before’ Dan ‘Best Before’ Pada Label Makanan

Setiap produk makanan yang melibatkan makanan pasti mempunyai label yang menyatakan tempoh makanan berkenaan sesuai digunakan.

Tetapi jika anda perasan, terdapat 3 jenis terma berbeza yang sering digunakan oleh pengeluar makanan, iaitu ‘Expire Date’, ‘Use Before/Use By’ dan juga ‘Best Before’.

Apa beza ketiga-tiga terma ini pada makanan?

#1 Expiry Date

Ia merujuk pada tarikh luput makanan iaitu tarikh akhir produk makanan itu boleh digunakan. Bermaksud, jika melangkaui tarikh tersebut, produk makanan itu tidak lagi boleh digunakan.

Ia biasanya digunakan pada produk makanan berbentuk cecair mahupun jenis susu formula.

#2 Use Before/Use By

Terma ‘guna sebelum’ ini membawa erti produk tersebut hanya boleh di makan sehingga tarikh dinyatakan. Jika melebihi tarikh tersebut, makanan berisiko rosak dan tidak lagi selamat untuk digunakan. Produk yang mempunyai label ini boleh dimakan atau dibeku sehingga tarikh yang tertera sahaja.

Antaranya ialah produk sejuk beku seperti daging, ikan dan salad.

#3 Best Before

Terma ‘baik sebelum’ ini adalah melibatkan soal kualiti. Jika produk ‘use before’ tidak lagi boleh dimakan melebihi tarikh dicetak, produk ‘best before’ ini pula hanya merujuk pada kualiti terbaik produk tersebut. Bererti, makanan yang melebihi tarikh ‘best before’ adalah masih selamat untuk dimakan.

Makanan yang menggunakan label ini adalah seperti makanan kering, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku.

Sumber : Petua IbuFood Standard Agency UK

Artikel Berkaitan   10 Petua Mujarab Hilangkan Batuk Tanpa Ubat