Ramai Yang Selalu Tersalah Bersih Microwave, Akibatnya Ia Terus Rosak, Ikuti Langkah Ini

Dalam banyak alatan kat dapur, satu alat yang paling che petua suka bersihkan ialah microwave @ ketuhar gelombang mikro. Sebabnya… senang sangat caranya.. semudah memasak maggie.. Err.. rasanya masak maggie  pun lagi susah kot… ahaks..

By the way, berapa kerapkah uols  mencuci microwave kat rumah tu? Hmm.. barangkali sejak beli, ada yang tak pernah sekalipun cuci agaknya… sebab pada mata kasar nampak macam bersih jer kat bahagian dalam ketuhar tuh betul tak… hmmm…  sebaiknya dalam 2 minggu sekali atau sekurang-kurangnya sebulan sekali elok juga kita lap dan cuci apa-apa yang patut kat bahagian dalamnya… Manalah tahu, kot-kot ada lipas ker pernah merayap kat dalam tuh..

Meh che petua nak kongsi ngan uols camna cara simple untuk membersihkan ketuhar mikro nie.

Mula-mula sediakan dua biji limau nipis. Perah air dari limau tu kat dalam satu mangkuk yang telah diisi dengan satu cawan air. Lepas tu masukkan mangkuk berisi perahan limau tu ke dalam microwave dan masak selama satu jam setengah dengan menggunakan suhu tinggi.

Air dalam mangkuk tu akan mendidih dan wap yang terhasil akan membersihkan bahagian dalam ketuhar microwave. Bila dah selesai ‘masak’, ambil kain bersih dan lapkan sehingga kering. Apa pun pastikan suis elektrik dimatikan dan seeloknya pastikan plug sambungan dicabut daripada suis dinding sebagai langkah keselamatan.

Okey… selamat mencuci!

(Visited 674 times, 2 visits today)