
Ayam goreng dan rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan. Tambah-tambah ayam goreng crispy ala McD atau KFC, memang boleh ratah berketul-ketul lah. Berhantu betul ayam goreng KFC & McD ni!
Tapi kalau nak selalu beli di KFC atau McD, kering juga poket, pening nak membayarnya. Tambah-tambah kalau teringin nak makan waktu hujung bulan tu, fikir 2-3 kali depan kaunter.
Apa kata kita buat sendiri je ayam goreng crispy ni. Memang sebiji macam KFC atau McD. Silap-silap boleh habis 4-5 ketul sorang. Fuh licin terus pinggan. Jomlah cuba!
Ayam goreng ala McD ala Kfc..semua bolehRasa rangup pedas-pedas,isi ayam yang juicy..buat kat rumah boleh makan banyak-banyak..cara buat pun senang sahaja :- Puan Yati Nurhayati
BAHAN-BAHAN
- Tepung Bestari
- Tepung Beras
- Tepung Gandum
- Serbuk Cili
BAHAN KERING
- Tepung bestari 1 1/2cawan
- Tepung beras 3/4cawan
- Tepung gandum 1/2cawan
- Serbuk cili 2sudu besar (jika suka lagi pedas boleh tambah lagi)
CARA-CARA:
- Tepung Bestari dicampur dengan serbuk cili satu sudu besar, sedikit air dan secubit garam.
- Tidak terlalu pekat,tidak terlalu cair
- Untuk rasa yang lebih sedap,perap ayam 1 jam salut ayam dengan serbuk kering
- Jika risau tepung berterabur,goncang ayam+serbuk kering menggunakan bekas bertutup
TIPS TAMBAHAN
- Tips utk ayam yang juicy,perlu digoreng mnggunakan periuk dan minyak yang banyak.
- Guna api sederhana, ayam akan masak sekata dan cantik
*Resepi ayam goreng KFC & McD ini telah diterbitkan semula dengan kebenaran Cik Yati Nurhayati . Anda boleh rujuk posting asal di laman MAHN