Resepi Cheese Kek Leleh Viral. Teksturs Dia Memang Lembut Sebab Pakai Bahan Ni

Sejak kebelakangan ini, penggunaan cheese di dalam makanan di Malaysia semakin terkenal dan ramai juga yang meminatinya. Daripada pisang goreng cheese sehinggalah ke popia cheese. Kesemuanya mendapat sambutan yang baik daripada semua segenap lapisan masyarakat tidak mengira umur dan bangsa.

Kombinasi cheese dan kek juga tidak terlepas dan sudah pun menjadi terkenal. Kek cheese leleh ini sudah semestinya akan membuatkan anda ketagih dengan cheese. Rasanya yang manis manis dan diselangi dengan rasa cheese yang enak membuatkan kek cheese leleh menjadi kegemaran ramai orang.

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara penyediaannya. Resepi kek cheese leleh ini telah dikongsikan oleh Aaliaanis Kitchen di laman sosial Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Kek Cheese Leleh

Bahan – bahannya:

Kek Cheese Leleh:

  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 sudu besar ovalate
  • 3 biji telur gred B
  • 2 cawan tepung self raising

Topping:

  • 500 g cream cheese
  • 1 cawan non dairy whipping
  • 1 cawan dairy whipping
  • 1 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu full cream

Cara – cara penyediaannya:

Kek Cheese Leleh:

  1. Putar susu, gula dan ovalate hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga kembang dan berkilat.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  4. Panaskan kukusan, kemudian kukus dengan api sederhana.

Topping:

  1. Putar cream cheese dgn susu pekat sehingga sebati. Pastikan tiada ketul-ketul.
  2. Masukkan kedua-dua jenis whipping dan putar hingga pekat.
  3. Masukkan susu full cream mengikut kepekatan yang dikehendaki .
Artikel Berkaitan   Cara Buat Mee Kuning Dengan Mudah, Lebih Bersih Dan Dijamin Halal