Tak Payah Tunggu Berjam-Jam Kat Klinik Gigi, Hanya Dengan RM2.50 Je Gigi Anda Putih Berseri

Gigi adalah salah satu anugerah yang dikurniakan pada kita yang seringkali diambil mudah akan kesihatannya. Ramai di antara kita tidak menjaga gigi, sehinggalah ia sakit atau menjadi kuning.

Dan apabila menjadi kuning, keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai menjadi kurang, berbanding mereka yang mempunyai senyuman menawan disebabkan gigi yang putih.

Banyak sebab yang membuatkan gigi kita menjadi kuning malah ada yang menjadi hitam. Antara penyebab utama adalah kerap makan makanan dan minuman berwarna seperti kari, air gas, kopi, kunyit dan banyak lagi.

Pengambilan makanan dan minuman seperti ini ditambah dengan aktiviti merokok mempercepatkan warna gigi menjadi kekuningan. Dan apabila gigi sudah menjadi kuning, bagaikan nasi menjadi bubur. Beribu kali gosok gigi pun akan tetap sama.

Mereka yang di luar sana masih mencari atau tercari-cari cara putihkan gigi secara petua dan mudah teruskan membaca artikal ini. Jangan bazirkan duit anda dengan produk atau treatment gigi yang mahal.

Sebenarnya ada cara yang mudah dan terbukti berkesan tanpa perlu anda laburkan duit dengan jumlah yang besar kerana, dianggarkan modal untuk melakukan petua ini hanya memerlukan tidak melebihi RM1.50 sahaja.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu soda bikarbonat
  • Lemon atau limau nipis

Cara penyediaan

  1. Ambil 1 sudu soda bikarbonat dan 1 hiris limau nipis.
  2. Perah limau nipis dan sebatikan dengan soda bikarbonat.
  3. Gosok pada gigi selama 2 hingga 3 minit.

Nota: Bagi mendapat kesan yang lebih efektif atau rawatan bagi mereka yang mempunyai masalah gusi yang sensitif, bolehlah cuba cara ini dua kali seminggu. Selamat mencuba

Artikel Berkaitan   Awas Penyakit Hand Dermatitis Punca Jari Merah Dan Gatal-Gatal