Resepi Ikan Kembung Kukus Air Asam

Bahan-Bahan :

4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar – di potong dadu
1 biji tomato – di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api –  Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh
1/2 biji cili besar – Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam

Cara-Cara Memasak :

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor. Angkat ikan dan ketepikan.

2. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.

3. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.Perah air limau. Masukan gula. Gaul hingga rata

4. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan

Artikel Berkaitan   Resepi Ringkas Ayam Masa Lada Yang Osem.