Resepi Ikan Siakap Masak Pedas (Nikmat Sangat)

Jom cuba resepi ikan siakap pedas ini. Makan tengah hari dengan ikan siakap masak pedas. Bangkit selera makan, pedasnya mampu membuat mandi keringat.

Makan ikan siakap masak pedas dengan nasi putih panas. Gandingkan dengan sayur-sayuran. Terasa makin lazat dan nyaman. Perut kenyang hati gembira.

Masakan ini kaedahnya ikan siakap digoreng terlebih dahulu. Kemudian kuah pedas cili api disiramkan ke atasnya. Sedap sungguh mampu melelehkan air liur.

Tanpa tunggu lama, jom lihat resepi ikan siakap masak pedas yang dikongsikan oleh MadamCt Suratman di laman Facebook. Selamat menghidang.

Resepi Ikan Siakap Masak Pedas

Bahan-bahan :

  • Ikan siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing),
  • 1 biji tomato,
  • 1-2 batang serai,
  • 1 biji bawang Holland @ bawang besar,
  • 3 biji bawang putih,
  • 1 inch halia,
  • 5-7biji cili api (terpulang mahu berapa bergantung pada tahap kepedasan yang anda mahu),

Bahan di atas diracik halus.

  • 1 sudu besar sos tomato,
  • 1 sudu besar sos tiram,
  • 1 sudu besar sos ikan,
  • ½ sudu besar kicap cair,
  • ½ sudu besar kicap pekat@kicap ABC,
  • Sedikit cuka,
  • Daun limau purut 2 helai.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan yang diracik halus kemudian masukkan bahan-bahan sos.
  2. Letakkan sedikit air kalau suka berkuah.
  3. Tunggu kuah pekat sedikit, baru rasa. Kalau kurang masin or manis boleh letak gula dan garam.
  4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng.
  5. siap