Resepi Ayam Masak Merah Ringkas Tapi Sedap. Sampai Tak Boleh Nak Move On Rasa Dia

Bahan-Bahan :

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

Bahan-Bahan Kisar :

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

Cara-Cara Memasak :

1. Bersih ayam.

2. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit.

3. Goreng sehingga 2/3 masak

4. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau.

5. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.

6. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat.

7. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.

8. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias.

9. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Artikel Berkaitan   Sambil-Sambil Tunggu Petang Nak Melabuhkan Tirainya, Kita Buat Nugget Udang Ala Thai Yer.. Crispy Di Luar