Ini Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Sedap Versi Nak Cepat

Resepi Nasi Ayam

Jom cuba resepi Nasi Ayam Simple Sedap yang dikongsikan oleh Puan Amirah Husain ini. Cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Malah rasanya juga memang terlajak sedap!


Resepi Nasi Ayam Sedap Mudah Pastinya Menjadi

Bahan-bahan Untuk Sup :
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam

Bahan-bahan Untuk Perap Ayam :
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu

Bahan-bahan Untuk Nasi :
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)

Bahan-bahan Untuk Kuah Lada:
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka

Baca Juga : Puding Oreo

Cara-cara Memasak Resepi Nasi Ayam Ini :

Resepi Nasi Ayam

1. Mula-mula tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.

Resepi Nasi Ayam

2. Selepas tu letak la air banyak mana nak tapi bagi sis kena letak banyak la sebab akan guna kuah sup ni untuk masak nasi dan perap ayam. Ok, lepas tu masuk la ayam dan kiub pati ayam.. bila dah mendidih letak garam dan pak aji.. pastikan masak sampai ayam empuk.

Resepi Nasi Ayam

3. Ok sambil-sambil tunggu sup tu masak, buatla kuah lada pulak. Blender semua ok.. isi sekali cuka, gula dan garam.

Resepi Nasi Ayam

4. Lepas tu masak balik. Api slow je taw. Kacau sampai mendidih, kemudian tutup api.

Resepi Nasi Ayam

5. Ok part ni bagi sis senang. setengah orang kalau nak masak nasi mesti kene tumis segala mak nenek tu kan, ok kalau resepi sis, takyah susah-susah nak tumis dah. Hanya perlu basuh beras macam biasa, lepas tu tuang la marjerin yang dah dicairkan.

Resepi Nasi Ayam

6. Ok lepas tu.. ambil kuah sup yang dah masak tadi, masuk ke dalam periuk nasi. Pastikan ambik sikit minyak dalam kuah tu.. nanti nasi cantik taw.. berkilat aje..

Kuah tu ikut sukatan banyak mana masak nasi taw.. ingat tu.. opss.. jangan lupa daun pandan tau. baru la wangi nasi uols… Tanak nasi macam biasa.. jangan gatal tangan nak tambah garam ke ape ke sebab masa uolss masak sup tu dah isi kan.. so nasi u dah cukup sedap dah.

Resepi Nasi Ayam

7. Ok. ni untuk perap ayam pula.. masukkan kuah sup dan campur segala kicap dan sos yang sis tulis tadi termasuk madu tau.

Resepi Nasi Ayam

8. Pastu golek-golek la ayam kat dalam bahan tadi.. jangan celup dengan tangan taw sebab lepas uolss goreng ayam tu, lebihan kuah tu untuk kuah kicap taw..

Ok lepas ayam tu dah sebati dengan kuah kicap tu, letakkan dalam peti sekejap.. setengah jam pun dah ok.

Pastu goreng dengan api kuat taw..bila goreng guna api kuat, ayam akan garing kat bahagian luar tapi juicy di dalam..walaupun dah sejuk ayam tu tetap lembut.. bila ayam tu dah bertukar warna terus agkat..

Gambar untuk kuah kicap sis lupa nak snap.. lebihan kuah perap ayam tu, masak balik lepas tu letak bancuhan tepung jagung.. bile mendidih dan pekat tutup api.

Resepi Nasi Ayam

9. Cuba tengok berkilat tak nasi sis.

Resepi Nasi Ayam

Selamat Mencuba!

Kredit Resepi & Foto : Amirah Husain

Sekian perkongsian resepi nasi ayam kita hari ini. Jika ingin dapatkan resepi berkaitan boleh baca artikel yang berkaitan. Terima kasih kerana singgah di blog karteldakwah.com

Write With Love : From Malaysia