Resepi Nasi Minyak ‘Power’ Guna Beras Biasa. Simple, Cepat & Serius Sedap!

“Hujung minggu ni kawan-kawan ofis nak datang beraya, nak masak apa yang special sikit ye?”

Dah bosan nak hidangkan ketupat dan rendang, apa kata kita cuba resepi nasi minyak simple yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman ni. Siap ada step-by-step lagi. Yang baru first time nak cuba buat nasi minyak tu, insha Allah menjadi kalau cuba resepi ni.

Apa yang istimewanya, ia tetap nampak sedap dan menyelerakan walaupun cuma guna beras biasa. Yelah, kadang-kadang kita teringin nak buat nasi minyak, tapi dekat rumah tu bukannya ada stok beras basmathi atau beras panjang. So, jangan risau. Boleh je kalau guna beras biasa.

Bahan-bahan lain untuk lauknya pun mudah dan kebanyakannya ada dekat rumah.

Jadi, jangan buang masa lagi. Jom kita tengok resepi selengkapnya di bawah ini.

RESEPI NASI MINYAK SIMPLE, GUNA BERAS BIASA PUN TETAP SEDAP
A. RESEPI NASI MINYAK
Bahan-bahan

6 cawan beras
Rempah 3 beradik (bunga lawang, kayu manis, cengkih)
3 sudu besar marjerin
1 cawan susu cair
1 sudu besar Sunquick
Daun pandan
Cara-cara

1. Panaskan marjerin.

2. Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan

3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci.

Resepi nasi minyak simple

3. Masukkan susu cair.

resepi nasi minyak

4. Masukkan Sunquick. Gaul rata.

Mungkin ada yang tanya kenapa guna Sunquick kan. Sebenarnya kalau tak ada pun tak apa, cuma nak bagi wangi dan menaikkan lagi rasa. Tak percaya, cubalah!

Resepi nasi minyak simple

5. Air secukupnya ikut sukatan beras. Masak seperti biasa.

Bila dah masak, inilah hasilnya.

Tada!

B. RESEPI KUAH DALCA
Bahan-bahan
Tulang ayam
Santan pekat secukupnya
1 sudu besar serbuk kari daging – dijadikan pes
1 sudu besar serbuk kari ikan – dijadikan pes
Bawang merah – ditumbuk
Bawang putih – ditumbuk
Halia – ditumbuk
Lada merah besar – dipotong tengah
Daun kari
4 sudu besar kacang dhal – direbus empuk terlebih dahulu
Sedikit asam keping
Cara-cara

Artikel Berkaitan   “Nampak saya tengah makan, meng4muklah dia” – Peguam kongsi kejadian sesat dalam pasar sampai ibu buat laporan p0lis

1. Tumis daun kari.

2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

3. Masukkan pes kari (serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air) hingga pecah minyak.

4. Masukkan, tulang ayam, lada besar, dan asam keping. Biarkan hingga ayam empuk.
5. Masukkan dhal yang dah empuk.

6. Masukkan sayur kacang panjang dan terung. Boleh tambah carrot dan kentang kalau suka.

7. Masukkan santan.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk.

Siap.

C. RESEPI AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan

Separuh ayam – cuci dan tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap / separa masak
Lada kering*
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Serai diketuk
Sedikit gula nisan / gula merah
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
*Bahan dikisar

Cara-cara

1. Tumis lada dan serai hingga pecah minyak.

2. Masukkan gula nisan, sos cili dan sos tiram. Bila semua dah sebati, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

Resepi nasi minyak simple

3. Gaulkan ayam goreng tadi.

Siap!

D. RESEPI ACAR TIMUN NENAS
Bahan-bahan

Nenas – dipotong
Timun – dipotong
Bawang – dimayang
Cili merah besar – dimayang
1 sudu besar Sunquick
1 sudu kecil gula pasir
Cara-cara

Campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk.

Gaul rata, siap!

MUDAH & SEDAP WALAUPUN GUNA BAHAN BIASA
Fuh, tak sangka guna bahan biasa pun boleh buat nasi minyak kan?

Dah siap semua, bolehlah dihidangkan. Disebabkan faktor pencahayaan, nasi minyak ni mungkin nampak cerah sangat macam nasi putih. Kalau yang suka lebih kuning bolehlah tambahkan sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Tapi baunya memang wangi semerbak dan cukup menyelerakan!

Artikel Berkaitan   “Dah buat report polis tapi masih buka!” – Individu Dedahkan Restoran Di Negeri Sembilan Ini Hidang Daging Anjing Secara Terbuka

Insha Allah semua boleh cuba sebab dah ada tunjuk setiap langkahnya satu persatu.

Simple kan?

Selamat mencuba semua.