Hidup zaman sekarang ini memang senang, apa sahaja yang kita inginkan kini hanya berada di hujung jari sahaja termasuklah pelbagai jenis perkhidmatan.
Namun, dalam kemudahan yang sedang kita alami sekarang, sudah pasti akan ada juga keburukkan dan risiko yang terpaksa kita hadapi.
Lepas hantar makanan, curi kasut pulak…
Baru-baru tular di sosial media mengenai satu rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan, seorang penghantar makanan GrabFood telah mencuri kasut pelanggan setelah membuat penghantaran.
Grab food delivery rider delivers food, and also steal shoes.
Posted by Desnis Teo on Wednesday, 26 June 2019
Letak kasut dalam tempat makanan pulak tu!
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna bernama Desnis Teo, difahamkan kejadian yang berlaku di Singapura itu telah memaparkan seorang lelaki membuat penghantaran makanan ke rumah pelanggan.
Namun, jika dapat diperhatikan di dalam rakaman tersebut, pada saat ke 3o, penghantar makanan tersebut telah mengambil sepasang kasut dan memasukkannya ke dalam bekas makanan GrabFood.
Difahamkan kini pihak GrabFood Singapura sudah pun mengambil tindakan berikutan kes kecurian yang melibatkan pekerja mereka, diharapkan pekerja GrabFood yang lain mampu menjalankan tugas dengan lebih jujur dan telus.