“Teringin pulak nak makan satay hari ni. Tapi kadang tu rasa tak puas beli satay sebab isinya bukan main sikit. Baik buat sendiri kan?”
Satay ni memang makanan favourite ramai rakyat Malaysia. Sekali hadap tu 10 cucuk pun rasa tak cukup. Sedangkan secucuk tu harganya ada yang nak cecah RM1 sekarang ni.
So, rabak jugalah poket kalau beli banyak-banyak kan. Yang tak puas hati tu kalau dapat yang isinya sikit, lemak je lebih. Kan ke frust tu?
Jadi apa kata kita cuba buat satay sendiri dekat rumah. Resepi satay bakar yang dikongsikan oleh Farwin Amellia memang senang dan cepat disediakan. Bakar dalam oven je, tak payah susah-susah nak kipas!
Ikuti resepi beliau selengkapnya di bawah ini.
RESEPI SATAY BAKAR GUNA OVEN. MEMANG SENANG & CEPAT!
Alhamdulillah first time buat satay dan kuah kacang untuk tetamu datang beraya malam ni.
Sebab teringin nak gigit and tarik dari lidi tu, cucuk timun, nasi impit cicah dalam kuah kacang pakai lidi, kita pun buatlah sendiri.
Tapi ni satay ‘derhaka’ namanya, sebab masuk oven je. Satay ala Malaysia Airlines gitu.
Walaupun rupanya mungkin tak seindah yang biasa, tapi alhamdulillah tetap cukup rasa rempahnya.
Ini resepi yang saya olahkan lepas dah rujuk beberapa resepi.
BAHAN-BAHAN
Bahan perap satay untuk 2kg daging ayam
- 1 sudu jintan manis
- 1 sudu jintan putih
- 1 sudu ketumbar
- 1/2 sudu lada hitam
*semua yang di atas sangai dulu, kemudian tumbuk halus atau blender je
- Serai 3 btg
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 2 ulas
- Halia 1 inci
- Kunyit hidup 1 inci
- Buah keras 1 biji
*blender atas ni semua sekali campur bahan yang dah sangai tadi
BAHAN PERASA
- Madu
- Gula merah
- Gula pasir
- Garam
CARA-CARA
1. POTONG ISI AYAM
Mula-mula pilih bahagian isi ayam dan potong kecil.
Agak-agak ikut saiz yang sesuai untuk cucuk dekat lidi.
2. SEDIAKAN BAHAN PERAPAN
Lepas tu perap ayam yang dah potong kecil tu dengan bahan perapan yang dah dikisar di atas.
3. PERASAKAN
Campurkan perapan ayam dengan perasa secukupnya.
Saya masukkan madu sikit, gula merah, gula pasir dan garam. Kuantitinya bolehlah agak-agak ya.
4. PERAP AYAM DALAM PETI SEJUK
Kemudian perapkan ayam tadi dalam peti sejuk. Lagi lama lagi bagus supaya perasanya semua meresap dalam ayam.
5. RENDAM & CUCUK LIDI
Sambil tunggu tu, rendamkan lidi dalam air.
Orang kata elok rendam dalam 1 jam, sebab nak elak dia senang patah atau isi melekat.
Dah perap baru cucuk kat lidi.
6. BAKAR
Lepas tu bolehlah bakar dalam oven.
Suhu dalam 180 api atas bawah, 20-25 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
BERBALOI BUAT SENDIRI, BOLEH MAKAN PUAS-PUAS!
Dah siap, macam nilah rupanya… Boleh sangatlahkan buat makan sendiri dekat rumah kan?
Yang nak simpan stok, bolehlah bakar separuh masak dulu. Sejukkan dan simpan dalam freezer. Bila nak makan, bakar semula sampai garing dan masak sepenuhnya.
Dipersilakan cuba, sharing is caring.
Adjust je ikut citarasa dan kepuasan masing-masing ya.
*Resepi satay bakar ini dikongsikan oleh Farwin Amellia menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk post asal beliau di SINI.