Resepi Sup Telur (Mudah Sangat)

Telur ialah lauk paling simple namun sedap. Kesukaan anak-anak terutamanya. Apatah lagi kalau sup telur. Memang boleh bertambah diorang makan. Makan sup telur dengan nasi putih atau meehun, sedap boleh hirup kuah.

Resepi sup telur ini sangat-sangat mudah dan senang. Bahan-bahannya pula mudah dijumpai di rumah. Sup telur amat wangi. Wanginya boleh merangsang selera makan. Jika ingin pedas boleh bubuh cili.

Sebagai pengganti sayur jika ada antara ahli keluarga yang tidak suka makan sayur. Boleh dicampur dengan kentang, carrot dan bahan lain.

Resepi sup telur daripada Akma Abdullah ini boleh jadi rujukan untuk anda yang mencari resepi telur. Resepi telah kami kemaskan seperti di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Sup Telur

Bahan-bahan :

  • 7 biji telur,
  • 7 biji ubi kentang ( belah 4 ),
  • 6 biji bawang merah ( hiris ),
  • 5 ulas bawang putih ( hiris ),
  • 1 sudu serbuk lada hitam,
  • 2 ketul kiub ayam,
  • 2 liter air,
  • Daun sup,
  • Garam,
  • Fucuk, (Agak-agak)
  • (Jangan banyak sangat nanti kuah kering. Rebus sampai lembut. Toskan).

Cara-cara :

  1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang sampai wangi.
  2. Lepas itu masukkan kentang dan gaulkan sekejap.
  3. Masukkan air 2 liter.
  4. Terus masukkan kiub ayam. Masak sehingga kentang empuk dan mendidih.
  5. Perlahankan api, pecahkan telur dan terus masukkan telur. Supaya cantik, jangan pecahkan kuning telur.
  6. Masa pecahkan telur jangan tindihkan telur. Pandai-pandai bagi cukup ruang.
  7. Biar sampai telur masak.
  8. Kemudian masukkan fucuk dan suhun. Gaul bagi rata dan biar dalam 2 minit.
  9. Masukkan garam.
  10. Masukkan serbuk lada hitam dan akhir sekali hiaskan dengan daun sup.
  11. Tutup api. Siap.
Artikel Berkaitan   Dah Lama Tak Buat Kerabu Ayam, Ingat Nak Buat Sebab Dah Lama Tak Makan