Resepi Kari Ikan Merah Simple (Macam Kedai Mamak)

Hidangan wajib ada setiap minggu. Siapa yang suka makan kari ikan di kedai mamak mesti tahu hidangan ini.

Mesti sedap kalau dapat makan kari ikan merah kedai mamak tengah hari ini bukan? Rasai kelazatan kari ikan merah mamak di rumah. Buat sendiri kari mamak merujuk resepi yang dikongsikan Ana Mariana Ismail di laman Facebook.

Ala kenapa pergi kedai mamak kalau boleh buat sendiri di rumah? Suruh mak/kaka/isteri masakkan kari ikan ikan merah untuk makan siang. Makan dengan nasi putih dan keropok papadam, seronok betul lah!

Tidak perlu pening, hidangkan kari ikan merah ala kedai mamak hari ini juga. Untuk memikat hati kesemua ahli keluarga. Terer kalau boleh masak kari ikan sendiri bukan? Selamat mencuba.

Resepi Kari Ikan Merah Mamak

Bahan-bahan :

  • Ikan merah sekor size sederhana besar,
  • 2 paket kecil serbuk kari babas pedas (kalau guna yang biasa boleh tambah 2 sudu cili kisar) bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
  • Air asam jawa secukupnya,
  • Bawang merah dan bawang putih mayang halus,
  • Halba campur dan daun kari,
  • Bendi dan tomato,
  • Cili padi @ cili hijau besar.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak agak banyak, tumis bawang merah dan bawang putih, halba campur dan daun kari smpai naik bau.
  2. Kemudian masukkan pes kari tadi dan dimasak sampai pecah minyak.
  3. Kacau sekali sekala, takut rempah berketul dan hangit pulak.
  4. Lepas rempah sudah betul-betul masak, masukkan air asam jawa.
  5. Biarkan mendidih baru masukkan ikan. Masak sampai ikan lembut sedikit.
  6. Terus perasakan dengan garam dan perasa sedikit.
  7. Akhir sekali masukkan cili padi @ cili hijau, bendi dan tomato.
  8. Siap
Artikel Berkaitan   Pernah Tak Rasa Kek Minyak Sunquick. Memang Senang Sangat Nak Buat