Resipi Paling Mudah Tapi Memang Terlajak Sedap,Serunding Bunga Kantan

Selalunya kita dah biasa makan serunding sama ada daging atau ayam. Kali ini apa kata kita cuba pula serunding bunga kantan. Orang Sabah memanggilnya dengan nama serunding kembugu.


Bunga kantan biasanya digunakan untuk menambahkan aroma dan menyedapkan lagi rasa masakan. Resipi kali ini berbeza kerana menggunakan bunga kantan sebagai bahan utama.

Jika ada yang ingin mencuba resepi serunding bunga kantan ini, jom ikuti perkongsian oleh Ruhaida Salleh di bawah.

RESIPI SERUNDING BUNGA KANTAN

Bahan-bahan:

  • Bunga kantan
  • Cili padi
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Cuci bunga kantan sehingga bersih. Kemudian hiris halus bunga kantan. Ketepikan seketika.

2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng cili padi. Angkat dan toskan.

serunding bunga kantan

3. Kemudian, goreng pula ikan bilis. Angkat dan toskan.

4. Seterusnya, goreng pula bunga kantan yang sudah dihiris tadi.

5. Biarkan ketiga-tiga bahan ini sehingga menjadi sejuk.

6. Setelah sejuk, campurkan bunga kantan, ikan bilis dan cili padi. Perasakan dengan gula, garam dan secukup rasa.

serunding bunga kantan

7. Gaul sebati semua bahan dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

serunding bunga kantan

Kredit resipi dan gambar: Ruhaidah Salleh