Resepi kek kelapa merupakan salah satu kek tradisional orang dulu-dulu. Kek ini sangat sedap dan mudah disediakan kerana hanya menggunakan sukatan cawan.
Bau kek sewaktu dibakar sangat menaikkan selera, harum satu rumah dibuatnya. Tekstur kek juga sangat cantik selepas siap dibakar.
Kalau ada yang mahu mencubanya, boleh ikuti resipi perkongsian oleh Juju Minhad di bawah.
RESEPI KEK KELAPA GUNA SUKATAN CAWAN
Bahan-bahan:
- 1 cawan marjerin
- 1/2 cawan gula kastor
- 3 biji telur
- Esen ros
- 1 sudu susu pekat
- 1 cawan 1/2 tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 cawan kelapa kering
- Pewarna merah/hijau/kuning
Cara-cara:
1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan sambung putar lagi.
3. Kemudian, masukkan esen ros dan susu pekat. Sambung putar sekejap.
4. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang sudah diayak. Kaub balik sehingga sebati.
5. Seterusnya, masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan kepada beberapa warna.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan marjerin.
7. Bakar di dalam oven pada suhu 170°C selama 60 minit (mengikut oven masing-masing).
8. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Juju Minhad