Peniaga kelapa dapat RM1,200 sehari
KUALA TERENGGANU – Peniaga kelapa mampu memperoleh untung berganda apabila permintaan makin bertambah menjelang Aidilfitri.
Seorang peniaga kelapa, Wan Mohd Shukri Wan Muda berkata, biasanya dia akan menjual 1,000 biji sehari tetapi menjelang Aidilfitri permintaan meningkat sehingga 2,000 sehari.
“Permintaan kelapa akan meningkat lagi menjelang dua atau tiga h4ri sebelum tibanya Aidilfitri apabila ia menjadi bahan utama dalam masakan musim perayaan,” katanya yang berniaga di Pasar Chabang Tiga.
Kata Wan Mohd Shukri, dia perlu menyediakan stok kelapa lebih 10,000 biji bagi memenuhi permintaan.
“Saya perlu sedia bekalan yang cukup supaya pelanggan tidak merungut,” katanya.
Dia yang mengusahakan perniagaan warisan keluarga sejak 25 tahun lalu itu memulakan perniagaan seawal jam 4 pagi dan berakhir 6 petang, mengakui mampu memperoleh RM1,200 sehari.
“Bagi memenuhi permintaan pelanggan pembekal terpaksa mengimport kelapa dari Indonesia kerana bekalan daripada pekebun tempatan tidak mencukupi,” katanya.
Sebiji kelapa dijual pada harga RM2 manakala kelapa parut RM6 sekilogram dan santan pula pada harga RM8 sekilogram.
Walaupun berniaga kelapa mampu beroleh pendapatan lumayan, namun kata Wan Mohd Shukri perniagaannya juga berdepan risiko apabila bekalan kelapa diterima rosak atau jika berlaku gangguan bekalan elektrik di pasar itu.
“Apabila ada gangguan bekalan elektrik menyebabkan kelapa tidak dapat diproses menjadi santan dan kelapa parut..oleh itu saya hanya bergantung pada pelanggan yang datang membeli buah kelapa yang tidak diproses.
“Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pendapatan,” katanya.
Wan Mohd Shukri turut dibantu 12 pekerja d4lam menyediakan santan dan kelapa parut yang diminta pelanggan – Sinar Harian
Petani disaran tanam kelapa matag
Golongan petani, terutamanya yang mengusahakan tanaman padi, disaran agar menanam pokok kelapa matag sebagai satu daripada sumber pendapatan sampingan mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata, seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, petani digalakkan mengusahakan sumber kekayaan baharu seperti kelapa matag kerana ia mudah diusahakan dan mampu memberikan pendapatan lumayan.
Anggota Parlimen Arau itu berkata, petani perlu mempelbagaikan t4naman sekali gus menghasilkan pendapatan daripadanya, bukan sekadar menanti hasil pada musim menuai semata-mata.
“Mengusahakan kelapa matag ini membolehkan para petani memperoleh pendapatan sampingan sehingga kira-kira RM163,000 bagi sehektar setahun,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan benih kelapa mataq kepada 700 penduduk Parlimen Arau di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Robiah Lazim berkata kebanyakan petani mengusahakan sawah padi sebagai mata pencarian utama dan tidak melakukan sebarang usaha untuk menambah pendapatan sampingan.
Katanya, kelapa matag mampu menghasilkan buah sebanyak 25,000 biji bagi setiap hektar setahun.
”Pokok kelapa matag ini sekiranya diusahakan dengan baik mengikut kaedah yang betul ia mampu mendatangkan hasil selepas tiga tahun ditanam,” katanya. – Bernama