“Salute Br0…” Bagi ‘Ang P0w’ Pada Pengutip Sampah, Tindakan Pemuda Ini Raih Rasa H0rmat

Tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi kita bakal menyambut Tahun Baru Cina, nampaknya komuniti berbangsa Cina yang berkelana di bandar sudah mula pulang ke kampung meraikan perayaan bersama keluarga.


Sama juga seperti perayaan Aidilfitri, tradisi memberi duit raya atau ‘Ang Pow’ adalah menjadi satu tradisi wajib dalam masyakarat Cina.

Pengutip sampah seronok dapat ang pow

Tular di sosial media baru-baru ini,  beberapa keping foto memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina memberikan ‘ang pow’ kepada para pekerja yang mengutip sampah.

Mungkin nilainya tidak sebesar mana, namun jelas terpancar kegembiraan di wajah para pemungut sampah apabila ada yang sudi memberikan ‘ang pow’ kepada mereka.

Kongsi rezeki Tahun Baru Cina

Biar pun pekerjaan mereka adalah mengutip sampah, namun apa dilakukan mereka telah memberi impak besar dalam kehidupan kita seharian, kerana dapat menikmati suasana yang bersih.

Besar maknanya…

Tindakan murni pemuda tersebut mendapat pujian ramai, rata-ratanya terharu melihat masih ada insan yang menghargai jasa golongan yang melakukan kerja pembersihan.

Tiada mereka kotor Malaysia ni

Respect! Salute

Jadi, tiada salahnya untuk kita saling bersikap pemurah tidak kiralah apa pun status mereka. Syabas buat abang yang telah sudi berkongsi rezeki. Selamat Tahun Baru Cina