Salute! Penunggang Motosikal Selamatkan Kucing Terperangkap Tengah Trafik Di Jalan Kuching

Sebuah video yang dimuatnaik oleh laman Facebook We Are Malaysians menunjukkan seekor kucing didapati terperangkap dalam lalu lintas di Jalan Kuching baru-baru ini.

Kejadian yang dilaporkan terjadi pada 11 Oktober jam 5.12 petang itu menunjukkan seekor anak kucing didapati sesat dan berada diatas sebuah jalan yang penuh dengan kenderaan. Ketika kejadian, hujan juga turun dengan lebatnya.

Mujur kenderaan yang melalui jalan ketika itu menyedari akan anak kucing terbabit. Anak kucing itu diselamatkan oleh seorang penunggang motosikal, dan meletakkannya ditengah jalan.

Jalan Kuching, KL

🐱🐱🐱Salute! 😭😭😭 Thanks 👍 👍

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Saturday, 12 October 2019

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pengguna jalanraya berkenaan kerana telah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing daripada dilanggar kenderaan yang lalu disitu.

Moga-moga kucing itu selamat berada di Jalan Kuching!

Artikel Berkaitan   “Alhamdulillah Syukur Pada Allah” Balu Arwah Abam Akhirnya Dapat Kedai Sendiri Untuk Meniaga