Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk membantu seorang ‘wanita hamil; dan sanggup membela anak kepada wanita tersebut.
Sanggup Bela Bayi Kepada ‘Wanita’ Tersebut
Menerusi posting di Instagram, Iqbal meminta orang ramai untuk perkenalkannya kepada wanita tersebut yang dikatakan mahu melahirkan anak, namun bapa kepada bayi tersebut telah menghilangkan diri.
“Beberapa hari ini saya selalu lihat gambar wanita ini. Katanya sekarang mahu lahirkan anak namun bapanya menghilang. Jika sesiapa kenal, mohon perkenalkan ya. Saya sanggup bela anaknya.”- tulis Iqbal
Hanya Mahu Berkenalan
Tambahnya lagi, dia ingin berkenalan dengan ‘wanita’ tersebut dan bukan terus berkahwin kerana akui hatinya masih belum pulih kesan daripada hubungannya bersama bekas majikan yang juga jutawan kosmetik, Dato Sri Vida (DSV).
“Juga serius untuk berkenalan dengan wanita cantik ini (sekadar berkenalan sahaja bukan terus berkahwin kerana hati saya juga masih belum pulih). Terima klasih. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan.”-katanya lagi
Tidak Kenal Siapa Lucinta Luna?
Dalam pada itu, apa yang menjadi perhatian adalah foto wanita hamil yang dimuatnaik oleh Iqbal adalah selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna yang juga merupakan seorang transgender. Terdahulu, Lucinta pernah mengakui dirinya hamil anak kepada teman lelakinya yang berasal dari luar negara Selain itu, Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah turut membuat pengakuan bahawa dia pernah menjual diri untuk melakukan pembedahan kelamin.
Sumber: murai.my
Meng4rut! Vida tak pernah bayar Iqbal gaji RM50,000… nak naik RM200 pun sampai berg4du
USAHAWAN kontr0versi Ahmad Iqbal Zulkefli membidas kenyataan Datuk Seri Vida kononnya dia menerima bayaran gaji sebanyak RM50,000 semasa berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.
Menurut Iqbal, 27, apa yang diberitahu oleh Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman itu adalah satu pembohongan dan tidak benar.
“Mengarutlah RM50,000! Saya dulu permulaan RM1,400 saja, nak naik RM200 pun sampai bergaduh nak kena bu4ng kerja.
“Tahun ketiga barulah RM2,000 lebih. Itupun saya berkerja dari Subuh sampai malam, gaji saya sama sahaja dengan staf lain, bahkan staf lain lebih tinggi… cuma siapa rajin dan kreatif buat sales mereka akan dapat setimpal dengan usaha.
Iqbal pernah bekerja sebagai PA Vida.
“Tak baik berjanji dan buat macam tu! Nanti orang yang betul-betul mencari kerja berharap nak gaji sebanyak itu,” katanya kepada mStar.
Pada Selasa, mStar melaporkan Vida menerima hampir 60 permohonan daripada individu yang berminat menjadi PA dengan tawaran gaji RM10,000.
Saya sebolehnya tak nak dah sebut nama dia, tapi dia pula yang tak boleh duduk diam!
AHMAD IQBAL ZULKEFLI- BEKAS PA VIDA
Kata Vida, dia pernah membayar Iqbal sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan semasa berkhidmat dengannya pada tahun 2017.
Dalam pada itu, Iqbal turut mempersoalkan pemilihan calon pekerja dan kriteria yang dinyatakan oleh Vida.
“Apa salah jika PA wanita? Wanita sekarang pun sudah pintar edit video, bijak berniaga dan boleh lakukan semua benda. Tak cukup bagus ke staf yang ada sekarang? Ramai lagi staf yang tak dapat perhatian sepenuhnya.
“Atau mahu PA lelaki bertujuan untuk berjoget lagu hindustan seperti yang pernah dilakukan selepas buang saya dulu? Itu bukan menyakitkan saya tetapi menjatuhkan martabat janda,” ujarnya.
Iqbal minta Vida henti kaitkan namanya.
Sementara itu, Iqbal meminta Vida tidak lagi mengaitkan namanya dalam apa jua perkongsian di laman sosial.
“Dia cakap saya selalu sebut nama dia… padahal dah lama saya tak tulis fasal dia tapi dia yang meroyan di Instagram dan TikTok.
“Saya sebolehnya tak nak dah sebut nama dia, tapi dia pula yang tak boleh duduk diam… saya di Indonesia ni enjoy sambil-sambil cari teman wanita. Cukup-cukuplah petik nama saya,” ujarnya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://newzstuff.com/