Sambil-Sambil Tunggu Petang Nak Melabuhkan Tirainya, Kita Buat Nugget Udang Ala Thai Yer.. Crispy Di Luar

  • 250 gm udang saiz besar – dicincang kasar
  •  2 sudu besar red curry paste
  •  1 biji telur gred AA
  •  2 sudu teh kicap soya
  •  1 sudu besar gula
  •  2 sudu besar santan pekat
  •  1/4 cawan kacang panjang – dihiris nipis
  •  Daun selasih – dicincang kasar…agak2 dalam 2 sudu besar jer.
  •  minyak masak secukupnya
  1. Udang yang telah dicincang kasar tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 1/2 jam- utk menyedapkan lagi teksturnya….:)
  2. Masukkan udang tadi bersama red curry paste,telur,kicap soya, serta santan dalam mesin pengisar dan kisar halus.
  3. Kemudian,masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan kacang panjang serta daun selasih serta perasakan dengan garam dan gula
  4. Bentukkan nuget anda mengikut citarasa masing2..bulat or leper…ulang langkah ni sampai abes…(^_^)
  5. Panaskan minyak dalam frying pan..
  6. Masukkan nuget udang tadi ke dalam frying pan dan goreng hingga keemasan…terbalikkan hingga nuget masak.
  7. Hidangkan bersama sos cili thai Maggi.

Bahan untuk red curry paste :

  1. 2 inci lengkuas – dihiris nipis
  2. 15 ulas bawang putih
  3. Kulit limau purut – dihiris
  4. 2 batang serai dihiris nipis
  5. 10 biji cili kering – dihiris
  6. 2 inci belacan
  7. garam dan gula
  8. Semua bahan ini ditumbuk hingga halus
Artikel Berkaitan   8 Cara Yang Betul Nak Pasktikan Rendang Tahan Sampai Sebulan