“Saya Nampak Sesuatu Seperti Kaki Serangga, Jadi Saya Tariknya Perlahan-Lahan Menggunakan Mikroskop” Lebah Bersarang Di Mata Gadis Ini

Tidak ramai yang berani dengan serangga berbisa ini. Silap hari bulan, boleh mati kena sengat!

Namun begitu, siapa sangka serangga ini juga boleh hidup dengan hanya meminum air mata daripada seorang gadis?

He, seorang wanita berusia 29 tahun dari China mengadu sakit pada bahagian mata sejak minggu lalu dan sering mengalirkan air mata. Dia segera ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Doktor dari Fooyin University Hospital yang merawat gadis ini terkejut apabila mendapati terdapat lebah pada bahagian dalam matanya.

“Saya nampak sesuatu seperti kaki serangga, jadi saya tariknya perlahan-lahan menggunakan mikroskop. Ia masih hidup! ”, kata Dr. Hung Chi-ting.

Imej lebah dibawah mata gadis ini telah ditayangkan dikebanyakkan televisyen Taiwan.

Lebah berkenaan dikenal pasti sebagai spesis Halictidae, iaitu spesis lebah yang tertarik kepada garam dan benda masin, seperti peluh manusia dan air mata.

Sumber: Buzz.ie

Artikel Berkaitan   Bergema Takbir! Wanita Cina Peluk Islam Buatkan Satu Dewan Menangis 😭😭😭