“Suami Suka Sangat Basuh Berak Anak, Bila Habis Je Anak Mesti Menangis,Pelik Juga, Rupa-Rupanya Suami Cabul Anak Sendiri”

Hancur luluh hati isteri apabila mendapati anak-anak perempuannya dicabul oleh suaminya sendiri membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama ‘iblis’ itu.

Menurut perkongsian dari Sukri Eusoff di Twitter, kes itu diketahuinya dari siaran radio Sinar FM yang mendedahkan kerajinan seorang bapa mencebok anak-anak perempuannya, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.

Aku dgr radio ptg tadi depa sembang psl isu patut tak ayah cebok berak anak perempuan. Terkejut gila wei bila sorg ni hantar whatsapp gtau suami dia rajin. Selalu cebok anak2 perempuan dia. Yg peliknya tiap kali keluar toilet anak2 dia mesti nangis. Bila tanya kenapa dorg diam.

“Aku dengar radio petang tadi, depa sembang pasal isu patut tak ayah cebok berak anak perempuan. Terkejut gila wei bila seorang ini hantar WhatsApp beritahu suami dia rajin, selalu cebok anak-anak perempuan dia.

“Yang peliknya setiap kali keluar toilet, anak-anak dia mesti menangis. Bila ditanya kenapa, diorang diam.

“Sebab curios sangat, tanya budak-budak tu. Diorang tak jawab. Dia bawa pergi hospital untuk periksa dan doktor sahkan ada kecederaan di kemaluan budak-budak itu.

“And yes, diorang semua kena cabul dengan bapak diorang sendiri masa setiap kali cebok berak tu! Tiga orang anak perempuan dia, kecil-kecil lagi. Seorang lagi selamat sebab masih bayi.

Artikel Berkaitan   Polis Berjaya Membongkar Motif Sebenar Kebakaran Rumah Sehingga Menyebabkan Pasangan Ini Mati Rentung

“Sekarang dia dah tuntut fasakh la. Dia sedih gila sebab orang yang dia harapkan boleh buat anak-anak dia macam tu. Dia tak boleh bayangkan derita anak-anak dia yang masih kecil tu. Diorang mesti trauma sampai besar.

“Ingatkan suami ringan tulang, rupanya bernafsu iblis! Buat malu kaum je,” katanya.

REAKSI NETIZEN

Sumber: @RealSukriEusoff