“Saya Tak Menyangka Majlis Perkahwinan Berlangsung” Hujan Lebat, Banjir Tetapi Bakhoe Bawa 2 Pengantin Ini

RANTAU PANJANG – Majlis perkahwinan pengantin baharu, Nor Afiqah Mohd Basu, 24, dan pasangannya, Mohd Abdul Rozaid Othman, 25, dari Kampung Telaga Mas berlangsung penuh meriah meskipun kawasan rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat sejak semalam.

Lebih menarik, pasangan raja sehari itu diarak menggunakan jengakut sambil diiringi traktor serta treler walaupun terpaksa berpayung kerana hujan lebat, malah tetap tenang mengharungi majlis perkahwinan di musim tengkujuh.

Nor Afiqah berkata, dia terkejut dengan tindakan suaminya itu yang tetap istiqamah untuk meneruskan perancangan tersebut walaupun ia bukan tugas mudah disebabkan faktor cuaca.

“Ini ‘hadiah’ yang cukup bermakna dan sejujurnya saya amat terharu dengan komitmen suami dalam merealisasikan impian ini.

“Ia akan menjadi detik terindah dan akan dikenang sepanjang hayat selain diceritakan kepada anak cucu nanti,” katanya ketika ditemui hari ini.

Pasangan raja sehari, Mohd Abdul Rozaid dan Nor Afiqah diarak menggunakan backhoe sambil diiringi traktor serta lori ekoran hujan lebat.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis perkahwinannya itu.

“Saya sama sekali tak menyangka majlis perkahwinan berlangsung dalam suasana hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Abdul Rozaid berkata, dia bersyukur segala perancangan yang disusun berjalan mengikut jadual meskipun cuaca tidak mengizinkan.

Katanya, hujan lebat yang turun sejak semalam tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan impiannya biarpun terpaksa diarak menggunakan jengkaut.

“Disebabkan isteri sukar mendapat cuti, jadi saya terpaksa meneruskan majlis ini walaupun di musim tengkujuh,” katanya.

Pasangan raja sehari, Mohd Abdul Rozaid dan Nor Afiqah diarak menggunakan backhoe sambil diiringi traktor serta lori ekoran hujan lebat.

Artikel Berkaitan   “I Hanya Harapkan You Untuk Membimbing I Sampai Ke Syurga,” Titipan Eyra Hazali Buat Netizen Sebak