[Video] “Macam Mana Bayi Merangkak Atas Jalan Sorang-Sorang Ni” Ibu Kanak-Kanak Ini Dikecam Gara-Gara Tidak Menjaganya

Menjaga anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana semasa mereka masih bayi, anda perlu beri perhatian lebih untuk menjaga mereka.


Walaupun telah dijaga sepenuh hati pun, adakalanya kemalangan boleh juga berlaku atau perkara yang tidak diingini boleh terjadi, tetapi sebaiknya beri perhatian lebih kepada bayi anda.

Namun baru-baru ini telah tular video seorang bayi merangkak di atas jalan di luar rumahnya tanpa ada orang dewasa yang memantau.

Bahayanya, dah terlepas bayi ini!

Video 10 saat ini yang dimuatnaik di Facebook Norliza Nordin memperlihatkan bayi tersebut sedang merangkak di atas jalan raya.

#VIRAL Tular satu klip video 10 saat memaparkan seorang bayi merangkak di tepi jalan. Difahamkan kejadian tersebut berlaku petang semalam, namun tidak dinyatakan lokasi video tersebut diambil.Admin menasihatkan kepada ibu bapa atau penjaga jangan cuai dan pastikan pintu dan pagar rumah sentiasa ditutup.Sumber Kiriman Netizen#MediaSelangor

Posted by Penang Infozone on Wednesday, 25 September 2019

Dikatakan, video ini dirakam di negeri Pantai Timur. Bersyukurnya, pada masa itu terdapat sebuah kereta yang berhenti apabila melihat bayi melintas di hadapan mereka.

Video yang turut dikongsikan Norliza ke dalam group Gabungan Anak Terengganu ini juga ternyata telah mengundang kerisauan dalam kalangan netizen terhadap bayi itu.


Ada juga segelintir netizen yang telah mengecam kecuaian ibu bapa kepada bayi itu yang dianggap tak peka dengan keselamatan anaknya sehingga merangkak ke luar rumah.

Korang kalau yang ada bayi itu, jangan leka sangat sampai tak perasan anak itu dah tiada depan mata.

Sumber: Facebook