Semua manusia telah diciptakan berpasang-pasang supaya dapat hidup dalam suasana kekeluargaan yang sangat indah. Setiap pasangan pastinya akan mengharungi pelbagai ujian dan cabaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesefahaman yang tidak baik. Namun begitu, tahukah anda bahawa kebanyakan pasangan kekasih yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah tanpa masalah dan ujian yang banyak. Tambah lagi, pasangan kekasih tersebut akan menikmati pelbagai keindahan sebagai pasangan kekasih. Perkara ini bertentangan dengan pasangan yang telah berkahwin, di mana pasangan ini sering mengalami masalah sehingga boleh menyebabkan keretakan rumah tangga. Oleh itu, timbul persoalan ramai orang termasuklah seorang pemilik akaun Twitter Iffatsalleh yang melihat pasangan yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah dan sebaliknya bagi pasangan yang telah berkahwin.
Kenapa bila kapel, semuanya indah tapi lepas kahwin, semuanya berbeza?Yang belum kahwin atau bakal berkahwin, you should read this. Berdasarkan persoalan yang ditimbulkan oleh individu tersebut, dia turut menyatakan bahawa pasangan kekasih yang belum berkahwin terdedah dengan sifat luaran bagi pasangannya. Oleh itu, seseorang kekasih itu cuma akan melihat apa yang ingin dilihatnya seperti kecantikan, berbudi bahasa, peribadi baik, dan pandai bergaya.
Namun, selepas berkahwin perkara ini sudah pastinya akan berubah kerana setiap pasangan akan melihat realiti kehidupan sebenar bagi pasangannya. Kehidupan berumah tangga yang memerlukan setiap pasangan untuk sentiasa bersama akan mendedahkan sisi lain mengenai pasangan hidupnya itu.
Tambahnya lagi, sebanyak 80% sifat seseorang itu berbeza setelah berkahwin berbanding semasa menjadi pasangan kekasih. Seseorang itu perlu menunjukkan peribadi yang baik untuk mendapatkan sesuatu seperti pasangan hidup. Oleh itu tidak hairanlah sekiranyaa perwatakan sebelum dan selepas berkahwin sangat berbeza.
Gambar: Tanda Pagar
Dalam perkongsian tersebut juga, individu tersebut menasihati agar setiap pasangan tidak terpengaruh dengan sikap baik yang dipamerkan sebelum berkahwin, tetapi perlu bersedia 100% untuk menghadapi sisi lain pasangan setelah berkahwin.
Antara komen2 netizen.
Kerana sebelum kahwin makhluk Allah yang jahat duk rancak menghasut untuk melakukan dosa.. dan kamu akad dan nikah makhluk tersebut menangis kerana kecewa yang amat kerana ia salah satu perkara yang paling baik & mulia.. so dia akan balas kekecewaannya sepanjang kamu dalam akad dan nikah.. dan meruntuhkan rumah tangga, akad nikah adalah salah satu kejayaan yang besar dan mega bagi mereka.. So, jagalah diri dan ikatan nikah tu sebaiknya..banyakkan bersabar dan be wise. Nur Hafiz Armgedaga Sebelum kawin..jarang jumpe..kalau jumpa pun mesti pakai cantik² ..make up tebal²..then lepas kawin..duk sebumbung..hmm..mana ada masa untuk semua tu..sibuk cari duit..uruskn anak..hutang..mcm² laa..haa..mana tak nye banyak berpisah. Sebab dah memang fitrah manusia, bila belum dapat duk idam-idamkan sangat. Tapi bila dah dapat tak sama seperti yang dibayangkan. Indah khayalan dari realiti. Sebab tu lah, nak kawin fikir betul2 dulu.
Sumber: siakapkeli