Sedekah Tak Perlu Banyak-Banyak Pun, Ini 6 Janji Allah Kepada Penderma. No 5 Yang Ramai Mahu

Antara perbuatan yang paling mulia adalah bersedekah. Dengan bersedekah, secara tidak langsung kita mampu meringankan beban seseorang yang perlukan bantuan.

Allah SWT juga akan membalas mereka yang suka bersedekah dengan pahala dan juga ganjaran.

Ini merupakan enam janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.

  • Menghapuskan dosa-dosa

Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

Hadis Riwayat Tirmidzi

  • Amalan yang memberi peluang untuk berteduh di hari kiamat

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

Hadis Riwayat Bukhari

  • Harta akan makin bertambah

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Harta tidak akan pernah berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikan baginya.”

Hadis Riwayat Muslim

  • Bebas dari seksaan kubur

Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.”

Hadis Riwayat Ath-Thabrani

  • Pintu syurga terbuka untuk orang yang bersedekah

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

  • Menjauhkan diri dari azab api neraka

“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah”

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Demikian merupakan enam janji Allah kepada mereka yang bersedekah. Semoga perkongsian ini secara tidak langsung memberikan anda serba sedikit ilmu untuk terus bersedekah sesama manusia.

Artikel Berkaitan   Penduduk Terpinga-Pinga Dan Buntu, Air Paip Rumah Berwarna “Pink”, Pihak Berkuasa Pula Hairan Mengapa Ini Boleh Berlaku

Sumber: iamlejen.com