
Seekor orang utan di Kalimantan ditemui dalam keadaan menyedihkan dengan 130 kesan luka tembakan dan ditetak menggunakan parang, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Sekumpulan doktor veterinar pula sedang berusaha untuk cuba menyelamatkan nyawa mamalia berkenaan.
Paul Ramos dari Statford Upon Avon, England bersama satu badan perlindungan kebajikan orang utan di Kalimantan menemui seekor orang utan muda yang mempunyai kesan serangan dekat sebuah ladang kelapa sawit.
SEEKOR orang utan dirawat akibat mengalami kecederaan selepas ditembak di Kalimantan.
Orang utan jantan berusia lima tahun itu dalam keadaan kurus dijumpai di dahan sebuah pokok sebelum doktor haiwan membawa haiwan tersebut untuk menjalani rawatan. Ia kini dalam keadaan kritikal dan seolah-olah menunggu mati.
Ramos berkata, seperti dilaporkan Perbadanan Penyiaran British, dia tidak mampu menyelamatkan orang utan itu.
Berdasarkan data Dana Hidupan Liar, terdapat kira-kira 230,000 ekor orang utan pada abad lalu di Asia Tenggara. Kini, haiwan itu dianggarkan sebanyak 41,000 ekor orang utan di Kalimantan dan 7,500 lagi Sumatera. – Agensi