Seekor gajah betina yang kurus kering sehingga menjadi tular baru-baru ini mati pada Isnin lepas lapor portal berita antarabangsa mirror.uk.
Gajah itu yang dinamakan Tikiri itu didakwa menjadi hamba abdi selama 70 tahun kepada sebuah pertunjukan jalanan di Sri Lanka itu mati dalam sebuah festival di negara itu.
Lapor portal berita itu, Tiriki telah menjadi haiwan pertunjukan jalanan telah sekian lama dan badannya telah dipakaikan kostum bagi menutup badanya yang kurus kering selama ini.
Namun, baru-baru ini badan Tiriki yang kurus kering telah tular di media sosial seluruh dunia selepas didedahkan oleh sebuah pertubuhan pencinta haiwan.
Pada Festival Tahunan Esala Perahera di Kandy, Sri Lanka, Isnin lalu, Tiriki dilaporkan rebah ke tanah dan mati di situ. – K! ONLINE