Dalam kehidupan seharian, tidak selalu kita akan berasa segar dan bertenaga setiap masa. Ada masanya kita berasa sangat letih dan kurang bermaya akibat bekerja keras dalam waktu yang berlebihan, kekurangan tidur, kurang bersenam dan memakan makanan yang tidak berkhasiat. Amalan kehidupan seperti ini akan memudaratkan tubuh badan sekaligus mengurangkan tahap kesihatan.
Amalan pemakanan yang baik akan dapat membentuk kesihatan dan tubuh badan yang baik dengan berasa segar dan bertenaga sepanjang hari.
Dibawah adalah makanan yang boleh anda ambil dan praktikkan demi memberi kesihatan yang baik dan menjauhkan diri dari berasa keletihan dan tidak bermaya semasa melakukan kerja-kerja seharian.
- Untuk mata
Dengan bekerja yang memerlukan penumpuan pada mata seperti berada dalam posisi yang lama di skrin komputer , tab dan telefon pintar, mata akan menjadi keletihan dan ini akan kesan kepada pandangan mata anda.Untuk menjaga mata dengan baik, anda perlu memakan makanan yang kaya dengan lemak omega-3, lutin, zink serta vitamin A,C dan E.
Anda perlu memakan makanan seperti :
- Sayuran hijau seperti bayam, kangkung, kailan dan salad
- Telur
- Buah-buahan sitrus
- Kekacang dan bijirin
- Ikan dengan lemak yang baik seperti tuna dan talapia
- Untuk sistem imun
Apabila berada di pejabat, kita terdedah kepada bakteria yang dibawa oleh rakan sekerja atau berada di dalam persekitaran yang tidak bersih. Bagi pekerja yang mempunyai sistem imun yang lemah, penyakit akan mudah menjangkiti mereka. Bagi mengelak dijangkiti penyakit, apa yang perlu anda lakukan ialah meningkatkan sistem imun di dalam badan.
Makanan yang perlu dimakan bagi meningkatkan sistem imun:
- Lada merah
- Brokoli
- Bawang putih dan halia
- Buah kiwi
- Buah betik
- Untuk meningkatkan kadar metabolisme
Apabila kadar metabolisme anda bergerak dengan cepat, lebih banyak kalori yang akan dibakar. Dengan duduk terlalu lama di pejabat memerlukan anda mencari jalan bagi meningkatkan kadar metabolisme anda secara efisen.
Makanan ini akan mempertingkatkan kadar metabolisme anda dan mengekalkan berat badan di samping memberi tenaga yang diperlukan untuk kekal fokus dan cergas.
- Kopi
- Teh hijau
- Rempah ratus
- Kacang buncis
- Daging ayam
- Untuk fungsi otak dan daya tumpuan
Pemakanan yang baik bukan sahaja membawa kesan positif pada badan, tetapi juga membawa kesan kepada fungsi otak. Untuk menjadi pekerja yang cekap dan berdaya tumpuan, menggunakan otak dengan baik itu sangat penting.
Makanan ini membantu anda meningkatkan fungsi otak dengan berkesan, di samping dapat melambatkan proses penuaan.
- Beri biru
- Kekacang dan bijirin
- Makanan kaya dengan fiber seperti aneka bubur, roti bijirin, beras perang dan ubi keledek
- Jus delima
- Coklat gelap
- Untuk usus dan proses penghadaman yang baik
Menurut kajian, bekerja dengan duduk di pejabat selama 10 tahun atau lebih boleh membawa risiko penyakit kanser usus. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, anda perlu bergerak dengan melakukan bersenam ringan setiap hari dan tidak hanya duduk di meja seharian.
Makanan ini perlu anda makan untuk mengekalkan diet yang sihat dan bermanfaat untuk usus dan sistem penghadaman, di samping berasa cergas sepanjang hari.
- Kobis bunga, kailan, bayam dan brokoli
- Kacang bendi
- Pisang
- Buah-buahan sitrus
- Makanan kaya kandungan fiber seperti tempe, roti bijirin, aneka bubur dan ubi keledek
Elakkan dari memakan dengan kerap daging merah dan daging merah yang diproses kerana ia boleh mengakibatkan risiko mendapat penyakit kanser.