Petua Nak Cepat Sembuh Batuk Di Musim Tak Menentu Ini

Batuk berterusan memang memenatkan.


Sesapa yang dah pernah kena penyakit batuk saja yang tahu betapa perit dan rasa terganggu aktiviti harian.

Bagi kebanyakan orang minum ubat batuk sudah cukup untuk hilangkan batuk yang menyerang tanpa disangka-sangka.

Tapi boleh kata ramai lah juga yang tidak merasakan ubat batuk memberikan kesan yang diharapkan.

Malahan ubat batuk jika kerap diminum dikhuatiri akan membawa kepada ketagihan pula.

Ini Petua Hilangkan Batuk

Sediakan 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih.

Kemudian parut buah pala  dan perah limau nipis tadi. Campurkan buah pala yang diparut dan air perahan limau nipis tersebut bersama-sama dengan minyak kayu putih.

Setelah itu gosoklah dibelakang pesakit.

Ramuan ini hanya untuk sekali pakai.

Cuba amalkan petua ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Dengan izin Allah, penyakit batuk akan beransur sembuh.