
BICARA DARI BILIK MAAYAT.
FIRST TIME AKU TENGOK ORANG CINA SAMBUT JE NAAZAH DI LIANG LAHAD..
Sepanjang hari ini aku agak terharu satu benda apabila kami menerima satu kes ke maa tian warga emas yang mualaf.. Saat aku sampai di bilik maa yat, aku dapati ada beberapa waris bangsa cina yang sedang menunggu.. Kebiasaan kes mualaf jarang ada waris yang prihatin untuk ambil tahu akan pengurusan jenaa zah bagi kerabatnya yang maa ti dalam keadaan sudah memeluk islam.
Bila aku tanya kepada beberapa waris ini, rupanya mereka adalah anak-anak si maa ti. okay dalam fikiran aku waktu itu, inilah masanya aku hendak sebarkan dakwah kepada non muslim melalui fardu kifayah dengan cara kita mempamerkan kaedah, tatatertib dalam menguruskan jenaa zah secara islam.
Selepas bersembang bersama waris rwah, aku dengan sahabat aku yang bernama Seman Qadri Al Burtuqoli terus mengajak untuk membuat pengecaman maa yat ayahnya.
Apabila sudah dibuka helaian kain di muka rwah, aku pun apa lagi terus mengajak boleh la u all stanby ambil glove kita mandikan sama-sama rwah ayah ya.. semua anak-anak angkat tangan tanda menolak disebabkan perasaan mereka terlalu kuat dan sebak atas pemergian rwah…so aku sebenarnya bab urus maa yat ini bila ramai-ramai mudah sikit jika nak membolak balikkan body maa yat.
Jadi kami berdua pun mandikan la si rwah macam biasa..kami masih tak mampu lawan sifu kami Ustaz Muhammad Rafieudin Zainal Rasidyang jenis bermain dengan maa yat sorang-sorang je.. bagi la maa yat jenis apa pun beliau boleh main bersama dengan maa yat itu macam kawan dia sendiri.
Selepas siap di mandikan dan dika fankan, aku pun panggil waris mualaf ini. Sebelum kami menutup si rwah, aku suruh lah si waris kucup si rwah tetapi mereka menolak . Tapi aku cakap la kat dorang, “bapak you ni sangat mudah kami uruskan, manyak ringgan, manyak mudah ma. you taw ka saya sudah pakaikan baju terakhir dan wangian yang harum untuk bapak you sehabis baik” ini masa you boleh cium bapak you boss. selepas dorang kata takpa dengan tanda menolak aku pun mula la menutup ka fan secara keseluruhannya..
selepas solat jenaazah, aku bawa jenaa zah ke tanah perkuu buran islam USJ. Antara waris nya yang follow naik van maa yat ini adalah anak sulong lelaki rwah. Ketika dalam perjalanan yang memakan masa hampir 30 minit lebih, aku macam biasa akan pasang ayat suci al quran. Dan ketika dalam perjalanan tersebut bermulalah episod soal jawab yang mungkin agak menarik sehinggakan aku berasa bangga dengan keindahan islam.
Dalam perbualan dengan waris rwah ini, aku perhatikan cara dia duduk dalam van jenaa zah agak sopan al maklumlah sebelahnya keranda dan dalam suasana ayat al quran yang aku pasang di radio.
Dia mula bercerita, abang tahu tak, saya dan beberapa orang adik beradik lain tidak tahu yang ayah saya sudah memeluk islam. Dan saya tak sangka sangat mudah cara pengurusan maa yat bagi orang islam. Aku bagitahu la inilah keindahan umat islam.. kami akan memudahkan segalanya bagi meneruskan proses kehidupan di alam akhi rat nya nanti. waris rwah juga membuka cerita berkaitan kos pengurusan maa yat bagi bangsa cina.
Antara intipati yang aku boleh kongsikan ialah kos untuk tanah penge bumian sahaja hampir 100k. Itu tidak termasuk kenduri yang melibatkan kos untuk menyediakan makanan, kos orang sembahyang, kos hendak membuat replika rumah, duit, kos keranda, kos pakaian si maa ti. Memang beribu-ribu.
Aku bertanya bagaimana kalau yang tidak berkemampuan, dia menjawab kebiasaan kami akan buat proses pembakaran maa yat dan abunya kami simpan dalam bekas seperti tin milo dan kami akan buang di laut. Kalau abunya kami hendak simpan di kawasan perkuu buran, memang mahal kosnya sebabnya kami perlu bayar kos lot yang berharga Rm30k. Bahkan setiap bulan kami perlu membayar kos utiliti seperti kos pencucian kawasan simpanan abu.
Aku tanya lagi adakah kaum cina ada menyediakan satu dana khas bagi menampung kos pengurusan maa yat seumpama khairat kemaa tian, dan mereka menjawab “tiada”. semua kena tanggung sendiri.
Ayat last yang aku dengar jawapan brother ini, you tahu kan kami orang yang berniaga sampaikan bab maa yat kami terpaksa akur disebabkan kaum dorang ambil untung besar dan niagakan dalam hal ehwal kemaa tian. .
Aku tanyalah juga berkaitan kenapa kalau ada kemaa tian di pagi raya cina, kebanyakan mereka tidak membuat tuntutan maa yat di hospital ya walaupun yang maati itu adalah mak ayahnya. Jawapannya mudah sahaja, sebab mana ada orang mahu uruskan, walapun dibayar dengan harga yang tinggi , pihak pngurusan maa yat non muslim tidak akan ambil sebab susah hendak cari pihak yang sudi hadir seperti untuk upacara yang pelbagai. So dorang akan tuntut maayat tersebut selepas 2 atau 3 hari kemudian bahkan lebih lagi.
Setibanya kami sampai di tanah perkuu buran islam . Aku perhatikan gelagat waris ini seumpama teruja dengan keindahan tanah perkuu buran islam di USJ. Dorang menyebutkan seumpama macam dalam taman dengan dekorasi yang sistematik dan juga kecantikan rumput karpet menghijau di setiap tanah pusara.
Ketika mana jenaa zah sudah di atas tebing liang lahad, kami meminta wakil dari waris untuk masuk ke liang lahad bagi menyambut jenaa zah ayahnya. kami ajarkan seperti biasa seperi kaedah memegang jasad ayahnya . Dan paling aku agak terharu di saat tangan anaknya yang non muslim itu membuka setiap ikatan tali ka fan dan kami memberikan bimbingan untuk membuka helaian kain di bahagian wajah rwah dan si anak menurut setiap arahan kami dan terakhir dia mengambil tanah yang ada dan di letakkan di bahagian wajah rwah ayahnya.. lalu kami timbuskan liang lahad seperti biasa.
Terdapat beberapa soalan yang dia tanya kenapa wajah mesti dibuka, adakah si maa ti hendak bernafas. Dan mengapa perlu diletakkn tanah pada wajahnya..kami jawablah sehabis baik untuk memberikan kefahaman kepada mereka betapa indahnya Agama Islam ini.. Mereka juga ada bertanya boleh ke dorang ingin meletakkan makanan di kuu bur ayahnya seperti upacara yang agama mereka biasa lalukan. kami pun menjawap, kami mudah sahaja, kami takot makanan hilang sebab mungkin kami yang makan ..hehe
Skuad Pengurusan Jenaa zah – SPJ Malaysia
Sumber:klviral / menujukebenaran