Setahun Dah Tak Minum Arak, Lelaki Ini Ucap Syukur Islam Bagi Sinar Baru Dalam Hidupnya

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Seorang lelaki di Perak meluahkan rasa bersyukur selepas genap setahun memeluk agama Islam.


Memberitahu perkara itu di Twitter, Alex D Santiago berkata Islam berjaya membuatkan dirinya tidak lagi menyentuh arak.

“Assalamualaikum, sudah setahun saya masuk Islam, setahun tanpa alkohol. Setahun belajar sembahyang, saya berasa cukup bangga dengan diri sendiri. Selamat ulang tahun, Allahuakbar,” tulisnya baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikongsi lebih 19,000 warga maya itu, Alex turut melampirkan kad perakuan Islam dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Berdasarkan kad tersebut, pemuda itu memeluk Islam pada 9 Februari tahun lalu.

Rata-rata pengguna memuji dan mendoakan Alex semoga terus diberikan petunjuk serta hidayah oleh tuhan.

Namun ada juga meninggalkan komen nakal, apabila mengingatkan mualaf itu supaya jangan lupa bersunat.

Tanpa sedikit pun rasa marah, Alex dengan bersahaja menjawab sudah dilakukan sejak dirinya berusia lima tahun lagi.

kredit projekmm