Sharif Zero Akhirnya Terpaksa Buat Laporan PoIis, ‘Kalau Kau Anak Jantan Kita Berdepan. Aku Nak Jumpa Kau’

” Saya tak tahu mengenai perkara itu sehinggalah ada peminat yg hantar screenshot dan berikan kepada saya. Perkara begini adalah sangat sensiitif khususnya kami orang-orang Sabah. Benda tengah isu di sana,”


Itu luahan pelawak Zero iaitu Sharif yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu di sebalik akaun palsu di laman sosial Facebook dgn nama Shah Shah yg menghiina wajahnya serta ahli Kumpulan Zero yang lain.

Menurut Sharif atau pemilik nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, individu berkenaan bersikap kuurang ajar apabila menyamakan mereka seperti pendatang asing tanpa izin (Pati).

Pemilik akaun yang dikatakan paIsu, Shah Shah menyamakan wajah kumpulan Zero dengan PATI.

” Sampai sekarang saya masih tak berpuas hati dan masih mencari lagi individu di sebalik faake account itu. Kalau tengok dekat wall Facebook, dia ni slalu mengh3ntam orang.

” Tolong saya dapatkan info pemilik Facebook ini. Saya mahu jumpa dia, nak bagi dia tengok saya punya IC (MyKad),” ujarnya kepada portal mStar.

Dalam pada itu, Sharif turut mencaabar individu berkenaan untuk tampil bersemuka dengannya.

Kata Sharif, meskipun sedar wajahnya kelihatan seperti orang asing namun menyifatkan isu sensiitif yang seperti mempertikaikan status kewarganegaraan adalah amat keterlaluan.

” Saya sedar muka kami ni memang seperti orang-orang luar tapi dia tak sepatutnya kaitkan dengan isu sensitiif seperti ini.

” Saya nak sangat berdepan dengan dia, nak tanya apa yang dia tak puas hati. Saya tak suka dan saya akan cari sampai dapat.

” Saya tak tahu apa motif dia buat begini, apa yang dia nak… saya memang asli orang Sabah. Kalau kau jantan, kita berdepan. Aku nak jumpa kau!” ujarnya lagi.

Susulan dari kejadian itu, Sharif turut berkata, dia berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan sudah pun membuat laporan poIis di Balai PoIis Setia Alam pada Selasa lalu.

” Saya nak minta bantuan orang ramai jika ada sesiapa yg mengenali pemilik akaun Facebook itu untuk tampil beritahu saya dengan segera.

Kumpulan Zero dianggotai oleh Atu (kiri), Sharif (tengah) dan Syaiful(kanan). Sharif juga mencabar individu yang menghiina mereka untuk tampil bersemuka

” Laporan poIis pun dah dibuat semalam(selasa) di Balai PoIis Setia Alam. Dia sangat berani menghiina saya sebab guna fake account sahaja.

” Kalau saya tak ambil tindakan seolah-olah saya tak kisah dan biarkan sahaja. Saya tak mahu perkara sebegini berulang dan terkena pula kepada orang lain,” ujarnya lagi.