Sejak kebelakangan ini kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) mendapat sambutan memberansangkan dan memberi kesan positif terutama sekali buat peniaga Muslim. Namun, seperti biasa pasti ada segelintir masyarakat kurang bersetuju dengan kempen tersebut.
Berkenaan kempen tersebut, pelawak Harith Iskander dikecam teruk oleh netizen apabila memuat naik Tweet berbaur sindiran mengenai kempen tersebut.
Status yang dikongsikan itu turut mengundang kemarahan netizen apabila Harith meminta mereka yang menyokong BMF supaya berhenti menonton semua program sukan kerana ia bukan produk Muslim.
Malah, kenyataan Harith itu juga menjadi bahan ketawa netizen dan menyifatkan pelawak itu terburu-buru mengkritik kempen berkenaan tanpa memahami tujuan sebenar.
Netizen menjelaskan kempen itu adalah untuk menggalakkan pembelian produk keluaran Muslim dan bukan mahu memboikot produk bukan Muslim. Ada netizen menyindirnya supaya fahamkan kempen tersebut dimana ianya tertulis ‘First’ dan bukan ‘Only’.
Sementara itu, Harith yang dihubungi oleh pihak media bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan kontroversinya itu.
“Kalau nak cakap mengenai ‘tweet’ saya tu, my official comment is no comment . Ramai dah hubungi saya. Thanks anyway,” katanya.
Dalam pada itu, netizen mengatakan kenyataan Harith itu kurang bijak dan tidak kelakar langsung. Malah ada yang mendakwa pelawak itu hanya mahu meraih perhatian.