Keperibadian yang sangat dekat di hati rakyat sememangnya tidak dapat disangkal lagi dalam diri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Mesra dan sangat ramah dengan sesiapa sahaja yang bertemu dengannya menyebabkan baginda disenangi serta disayangi para rakyat jelata.
Pengiring baginda kemalangan
Petang tadi, baginda telah berada di Terengganu atas urusan rasmi dan kenderaan yang dinaiki telah diiringi oleh pengawai pengiring. Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang asing kerana ia termaktub dalam protokol diraja.
Namun begitu, tanpa dijangka, salah seorang pengiring baginda yang menaiki motosikal telah mengalami kemalangan dan terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan.
Tunku nampak risau
Bimbang dengan kondisi petugas tersebut, baginda telah mencemar duli turun melihat keadaan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian badan.
Menerusi foto yang diambil, jelas di wajah baginda kerisauan apabila melihat pengiring kenderaannya dalam kesakitan akibat kemalangan tersebut.
Raja berjiwa rakyat
Foto yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial di laman Facebook Info Kemalangan dan Bencana ini telah mendapat perhatian warganet. Mereka telah meninggalkan komen memuji tindakan baginda serta medoakan agar mangsa kemalangan segera sembuh.