Kelibat pelakon dan pelawak, Louisa Chong sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen. Namun baru-baru ini, beliau berkongsi perjalanan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci menerusi sebuah video di Youtube.
Menurut Louisa atau nama Islamnya Louisa Alissa Chong Abdullah, beliau sebak memikirkan keadaan suaminya Hamid Samad yang menghidap tiga angin ahmar sehingga koma.
Wanita berusia 64 tahun itu berkata, beliau bukan ingin meminta simpati orang ramai sebaliknya membuktikan bahawa mampu berdepan dugaan tersebut disamping bergelar seorang saudara baru.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut kerana baru mengetahui Louisa Chong sudah menjadi seorang Muslim dan mendoakan agar beliau terus diberi kekuatkan menempuh kehidupan.