“Sucinya Ya Allah…” Akad Nikah ‘Tiada Suara’ Pengantin Ini Undang Sebak Netizen

Perkongsian seorang warganet yang memaparkan momen indah pengantin lelaki ‘melafazkan’ nikah dalam bahasa isyarat mengundang sebak ramai.

Difahamkan, majlis kad nikah itu membabitkan pasangan pengantin bisu.

Menerusi sepotongan rakaman video yang dimuat naik itu, pengantin lelaki menyempurnakan akad nikah menggunakan bahasa isyarat sambil diiringi oleh guru sekolahnya untuk proses alih bahasa.

Anda boleh lihat momen tersebut di bawah.

Posting berkenaan kemudian menjadi viral apabila menerima perkongsian sebanyak 28,000 kali. Rata-rata netizen kagum dengan proses akad nikah tersebut dan menganggapnya satu momen yang jarang dilihat.

Malah, tidak kurang juga yang sebak apabila melihat kesungguhan pengantin lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan   “Dah Kahwin Jangan Harapkan Semua Pada Isteri” Inilah Pesanan Berguna Untuk Seorang Suami Dan Bakal Suami Yang Perlu Kita Tahu