
Hampir kesemua premis-premis rantaian makanan dan juga pasaraya tidak benarkan haiwan peliharaan dibawa masuk. Tidak kisahlah sama ada binatang tersebut kucing, anjing atau ikan sekalipun, sememangnya ia tidak dibenarkan untuk dibawa masuk atas faktor utama iaitu kebersihan.
Tular dilaman Twitter, satu kejadian yang menimpa di Tesco Tebrau, Johor dimana seorang wanita dikatakan berang gara-gara anjing peliharaannya tidak dibenarkan untuk dibawa masuk.
Wanita berkenaan dikatakan bertambah berang setelah trolinya diasingkan oleh pekerja yang sedang bertugas. Kejadian seperti ini seharusnya tidak perlu berlaku kerana peraturan sudah menetapkan yang, binatang peliharaan sememangnya dilarang untuk dibawa masuk.
Perkara seperti ini seharusnya tidak lagi menjadi satu masalah dan pertikaian. Melihat diruangan komen, netizen dilihat meluahkan kemarahan mereka terhadap perlakuan wanita yang boleh dianggap sebagai pentingkan diri sendiri.



Bukankah lebih baik untuk mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan. Masalah dan perselisihan faham sering kali terjadi, jika seseorang itu tidak cakna dengan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Sumber: Nanmanjoi.