“Sudah-Sudahlah Di Penghujung Usia. Sehingga Bila Ingin Merebut Nama Di Dunia Fana! Berhentilah!”

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Mufti Perlis mengingatkan “seseorang” agar tidak terus mengejar dunia di saat usia semakin lanjut. Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata individu berkenaan perlu sedar dan mendekatkan diri kepada Allah.

“Maka, sudah-sudahlah di penghujung usia. Sehingga bila ingin merebut nama di dunia fana! Berhentilah! Lazimilah tikar sejadah,” coretnya di Instagram semalam.

Kiriman yang disertakan gambar tulang-belulang dinosaur mengajak pengikutnya berfikir hikmah kepupusan haiwan berkenaan.

“Dinosour dikatakan telah pupus. Itu pun jika benar, satu rahmat Allah yang besar buat manusia. Andainya usia dinosour dipanjangkan sehingga kini, mungkin akan mengundang banyak masalah kepada kita.

“Manusia apabila usia lanjut tanpa ketakwaan, mungkin mengundang banyak masalah kepada manusia lain,” katanya. Mohd Asri turut memuatkan doa Saidina Umar al-Khattab ketika pulang dari menunaikan haji.

Doa berkenaan bermaksud:

“Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang-belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Nak Masuk Ke Rumah Baru, Jangan Abaikan 5 Perkara Ni, Suami Wajib Buat