“Tahu nak benda free je” – Pemandu Lori Isi Minyak Tanpa Bayar, Pelayan Stesen Minyak Terpaksa Tanggung Kerugian Hampir RM2k

Semua dari kita mesti pernah sekali dalam seumur hidup berurusan di kaunter stesen minyak. Selalunya urusan pengisian minyak dilakukan dalam tunai.

Lebih kurang dengan apa yang admin nak share kali ni. Cerita pasal pelayan kaunter stesen minyak kena tipu dengan customer yang chow lepas isi minyak full tank. Tak pasal-pasal kena bayar balik dekat tauke kedai RM 2,000 lebih. Cuba korang tengok tweet oleh muhdrfqi kat bawah ni

Tahu nak benda free je

Macam-macam jenis orang yang akan cuba amik kesempatan ke atas kita. Dalam kes ni sangat tak bertanggungjawab lah customer tu buat macam tu. Tapi yang cashier tu pun satu gak, macam pelik je sampai 4-5 kali kena tipu. Admin musykil sikit. 

Yang ni betul, boleh check CCTV. Selalunya alamat company akan ada dekat pintu lori. Tapi kan kita punya teknologi CCTV bukan macam dalam cerita CSI tu. Takpe buat lah, kot dapat alamat company kan.

Setuju, seeloknya buat macam tu. Amik duit deposit dulu. Kalau dia taknak bagi deposit, jangan proceed untuk isi minyak. Senang. Tapi tu lah maybe baru nak belajar dari kesilapan kot. 

Weh ni betul. Admin hampir-hampir jadi macam ni. Nasib baik sebelum keluar tu tengok meter, kenapa tak naik. Terus patah balik sambil nampak pekerja panggil-panggil. Malu weh time tu.