Tak Kisah Bayar RM918 Sebab Puas Hati, Sekali Vida Minta Peniaga Tukar Nama Restoran Buat Ramai Terkedu

Puas hati dan berbaloi! itu kata Datuk Seri Vida selepas menjamu selera di restoran viral ikan siakap kayangan ketika bercuti di Langkawi pada Rabu.


Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman yang membayar RM918 untuk beberapa hidangan termasuk ikan siakap menganggap jumlah yang dikenakan itu berpatutan bagi hidangan untuk dua orang.

“Saya makan 900 dengan pelbagai lauk itu sangat worth dengan rasa sedap dan keadaan yang cantik.

“Jangan malu tanya harga berapa, takut over bajet. Marilah ke Langkawi yang dah lama tak dikunjungi. InsyaAllah 2022 semua bisnes meroket.

“Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik darah,” ujarnya.

 

Menerusi video berkenaan, Vida menunjukkan menu yang ditempah untuk makan tengah hari bersama anak lelakinya Kacak ialah seekor ikan siakap seberat 1.5 kilogram, ikan kerapu harimau, lobster dan beberapa menu hidangan lain.

Dia yang berpeluang bertemu pemilik restoran itu iaitu Norasyikin Musa turut dibawa meninjau keadaan sekitar restoran dan kolam sebelum menangkap ikan pilihannya.

Turut kelihatan mesin penimbang yang disediakan bersebelahan kolam bagi memastikan berat ikan yang dipilih.

 

Selain itu, Vida turut bertanya kepada Norasyikin sama ada perniagaannya terjejas selepas isu berkenaan.

Dia juga memberi peluang peniaga itu menjelaskan berkenaan isu viral itu.

“Selepas itu tidak macam biasa (pelanggan), perasaan malu adalah sebab kena caci, kena maki. Rasa macam tak sedap.

“Dia orang tak faham, ikan itu kita pelihara umur 11 tahun, untuk jangka masa itu purata makanannya bernilai RM6,000 bagi orang berduit mungkin sikit tapi saya peniaga kecil nilai itu terlalu besar.

“Pesanan saya pastikan anda tengok menu, tengok ikan dulu sebelum order,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, ahli perniagaan sensasi itu turut mencadangkan nama restoran itu ditukar kepada Sas Rimba Siakap Seribu untuk tujuan marketing.

Sebelum ini, Vida pernah menyatakan hasrat membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada mangsa, namun ditolak inidvidu berkenaan.

Pada 4 November lalu, mStar melaporkan keluahan seorang pengguna Facebook dikenali Muhammad Faris Zulkarnain yang terkejut apabila dicaj sehingga RM1196.80 untuk sajian seekor ikan siakap.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila Niena pula tampil mengakui menjadi mangsa penganiayaan yang sama apabila bil hidangan di sebuah kedai lain di pulau itu turut mencecah RM 1738.70.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Cari