Kasih Bapa, Sanggup Tunggu Setiap Hari Depan ‘Office’ Anak Untuk Makan Sama2

Kasih sayang seorang bapa sememangnya tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak. Kadangkala perbuatan kecil yang dilakukan bapa kita sangat menunjukan betapa sayangnya pada anak-anak walaupun tidak diluahkan menerusi kata.


Makan sama-sama dengan ayah

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Wahida apabila memuat naik video bapanya yang setia menunggu waktu makan tenghari di hadapan tempat kerja untuk makan bersama-sama dengannya.

@triplea201911hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali❤️

♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Menurut wanita itu, bapanya melakukan hal tersebut hampir setia hari dan mereka akan makan di kedai makan berhampiran sambil berbual-bual sehingga waktu makan rehatnya habis.

Sebab ayah terkejut

Dalam pada itu ramai yang tertarik dengan satu lagi video yang dimuat naik oleh Wahida apabila menjelaskan mengapa bapanya terkejut ketika menemuinya.

@triplea201911Reply to @najihahhehe sy belanja video ori🤣🤣🤣sy sergah sbb tu dia terkejut

♬ original sound – Wahida – Wahida

Tengoklah betapa cintanya ayah kepada anak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terharu melihat kesetian seorang bapa yang tetap menanti anaknya untuk makan bersama-sama.

Mereka juga turut mengakui tersenyum melihat reaksi comel bapa kepada pengguna TikTok berkenaan yang berjaya dirakam ketika terkejut disergah oleh anaknya.

Nampak ikhlas sangat tunggu anak

Nak menangis lihat bapa tunggu anak

Comel bila ayah dia terkejut

Buat ramai sebak jugak

Semoga bapa panjang umur dan sihat selalu

 

Sumber: TikTok @triplea201911