Tak Perlu Beli Krim Mahal Mahal, Atasi Masalah Ketuat Dengan 4 Petua Ini

Ketuat boleh tumbuh kat mana-mana bahagian tubuh lebih-lebih di bahagian jari, tangan dan kaki. Ada juga yang dapat ketuat kat bahagian muka terutamanya kanak-kanak.

Mungkin ada yang bertanya adakah ketuat berbahaya. Jawapannya tidak. Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala. So, pastikan korang basuh baju/seluar tu betul-betul kalau beli baju bundle…hehe…

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula. Sesetengah orang tak kisah pun ada ketuat sebab dia tak rasa sakit dan lazimnya setelah beberapa lama (biasanya antara 6 bulan ke 2 tahun) ketuat tu dengan sendirinya akan gugur atau hilang.

Tapi mungkin juga ada yang tak selesa bila tumbuh ketuat, terutamanya kalau ketuat tu tumbuh bahagian kaki (kes pakai kasut ketat). Nak jadi sempoi lagi kena ketuat kat tapak kaki… waduhh… alamatnya mengaduh ler tiap kali melangkah… terpaksa berjalan ala-ala wanita Jepun pakai kimono gitu..

Ada pelbagai cara membuang ketuat, termasuk penggunaan krim khas, cyrosurgeri dan rawatan laser. Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia tumbuh kembali.

Walaupun cara membuang ketuat dengan memotong atau menghirisnya dengan pisau tidak digalakkan tapi ramai yang melakukannya sebab nak dapat hasil yang pantas. Tapi hampei semua yang buat cara tu akan mendapati darah keluar dengan banyak.

Bila dah jadi macam tu baru kelam kabut pergi jumpa doktor. Satu hal lagi, ketuat tu akan tumbuh kembali kalau tak dipotong akarnya. Dan darah yang keluar tu juga mengandungi virus yang boleh mengakibatkan ketuat tu tumbuh kat bahagian lain pula..

Artikel Berkaitan   Tips Nak Bagi Daging Lembut Untuk Buat Rendang, Ikuti 4 Tips Mudah Ni

Petua Ketuat 1
Tenyeh atau gosok tempat yang ada ketuat tu dengan pasir yang terendam dalam air. Contohnya pasir sungai atau pasir kat kawasan pantai. Apa pun pastikan pasir tu adalah pasir yang basah sebab terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, ketuat tu akan hilang.

Petua Ketuat 2
Sebelum tidur, cuci ketuat tu dengan kerosene atau minyak tanah selama 5 minit. Lepas tu letak pula kapur sirih kat kawasan ketuat tersebut.Amalkan selama tiga malam berturut-turut. InsyaAllah, ketuat yang ada kat tempat tu akan gugur dan tak tumbuh-tumbuh lagi dah.

Petua Ketuat 3
Lumurkan kapur sirih, lebih tebal lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu. Biarkan sehingga kering. Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan tanggal dengan sendiri. Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut. Dan petua nie lebih sesuai untuk tanggalkan ketuat yang tumbuh kat bahagian leher dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Petua Ketuat 4
Ambil sedikit kapur sirih, serbuk belerang (sulfur) dan air limau nipis. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sebati sehingga menjadi krim. Hiris sedikit bahagian ketuat tu dengan pisau lipat atau pemotong kuku. Hiris sedikit saja supaya ketuat tu tidak tebal sangat. Kendian sapukan ‘krim; tadi. Lakukan selama beberapa hari dan ketuat tu akan luruh dengan sendirinya

sumber: petuatradisional

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuIndah