
Masa awal-awal ayah kena diabetes dulu, macam-macam ikhtiar mak buatkan untuk ayah untuk turunkan kadar bacaan gula dalam darah. Namun mak guna sumber bahan semulajadi je, selain ubat yang ayah dapat dari klinik.
Memang nampak mak gigih sangat menjaga ayah, antara petua yang mak pernah buat macam nombor 3 dan 5 tu. Cuma yang tak bestnya sebab ada antara bahan-bahan tu susah nak dapat, jadi takdelah konsisten dapat buatkan. Dan sebab tu juga kadar bacaan gula dalam darah ayah tak menentu. Kejap tinggi sangat. Kejap ok pulak.
5 Petua Rawat Diabetes Secara Semulajadi Tanpa Ubat
1. Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air p4nas dan buat minuman seperti minum kopi
2. Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh
3. Minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya’ Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.
4. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
5. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Semoga bermanfaat.